12 July 2009

Serang & tawan ... Jangan berlengah lagi

Taktik serang dan terus serang sepanjang tempoh, pada pengamatan aku dalam banyak situasi adalah taktik terbaik. Terminologi 'terbaik' di sini bermakna taktik tu berkesan, bermanfaat, berjaya,menguntungkan & memenangkan. Apa pun pertahanan perlu cukup kuat untuk keadaan yang memerlukan nanti. Dalam suasana politik, jika sesebuah parti/gabungan politik mendapat suatu kelebihan (privillege, milleage,etc) atau dalam peringkat 'advance' mendahului & mengatasi lawan politiknya dalam sesuatu isu atau agenda, adalah mereka perlu 'offensive' dengan terus serang & tawan lawan mereka sehingga mereka lemah atau lumpuh. Contoh isu "Kerajaan Perpaduan' baru-baru ini, apa pun punca idea, apa jua watak yang terlibat dalam taktikal ini ada yang kalah & cedera parah reputasi & imej, ada yang melukut di tepi gantang saja, tiada bermakna & tak untung tak rugi apa-apa, & ada yang serang & terus serang hingga kawan & lawan segan & takut padanya. Dalam perlawanan sukan juga begitu, katakan contoh sukan ragbi, bolasepak, tenis, mahupun dam haji, taktik 'offensive' lebih baik walaupun kita juga perlu menyusun pertahanan kita supaya tidak menyebabkan kita bocor (leaking),  lemah dan seterusnya kalah. Mana-mana pengurus pasukan seperti Sir Alex Ferguson mahupun Giordiola, tak suka nak main 'defensive' ni, rugi dan membosankan. Tak caya lu tanya AT. Tanya Kucing Parsi. Tanya Elyn pun boleh, pasal dia minat rugby & futsal gak. Bab senaman & fitness kita tanya cpj ler. Dia head fitness coach. ManU & Barcelona akan main 'offensive' dgn formasi 4-3-3 atau 4-4-2 walau pun 'defense' pasukan mereka adalah juga antara terbaik dalam liga mereka. Filosofi 'goals win the games' adalah releven kerana pasukan yang banyak menguasai permainan dan bercorak menyerang akan 'eventually' menjaringkan gol yang akan memenangkan mereka dan seterusnya merangkul banyak kejuaraan & piala.   Untuk tujuan kempen & iklan, mari ler kita tekad untuk terus mengasak (offensive) untuk meruntuhkan tembok pemikiran kebanyakan orang-2 kita yang sudah tangkap cintan dgn ISA ni. Kalau kempen mansuh PPSMI dah berjaya dengan usaha semua kita, maka sama-2 kita terus langkah berani menggayang & meragut keegoan setengah pemimpin negara kita supaya bukan saja mengkaji ISA supaya ia kekal begitu & dihalalkan tetapi kita mau pemimpin memansuhkan akta ISA yang gila babi ni (bahasa Islamik dia , zalim) ... Kaji apa lagi? Cuba letakkan Hishamoody (sapa pun nama & pangkat beliau) kat ISA , tengok, dia leh senyum tak? Keluarga dia leh tepuk tangan kot? Mesti dia mau dibicara di mahkamah punya. Peguam dia pun mau cari makan maa.   

8 comments:

  1. team jugak kena ada spy yang sentiasa mengkaji dan menyiasat apakah kelemahan dan kekuatan lawan dalam setiap pertandingan, kekadang coach telah setkan sesuatu taktik tertentu dalam sesuatu pertandingan, jadi kalau ada orang kita dalam team dia, semua informasi rahsia tentu berguna dalam pertandingan...kalau asyik menyerang membabi buta jer, sesilap haribulan kita yang kena...kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. hmm...betul gak tu cpj...mmg kena ada spy SB scout nih...untuk semua team yg kuat pun ada team spy dia...cuma lagi corak menyerang nih bagi kita lebih besar peluang untuk menang...kalau hanya play safe, takut-2/berhati-hati, game jadi boring. Peminat pun marah-2 gak...Tiket stadium dah ler RM300 paling murah pun RM50 kot...kalau main bolasepak boring baik kita tgk orang main dam haji ajer...hehe

    ReplyDelete
  3. bro..lu turun tak nanti demo ISA?..hehe..

    ReplyDelete
  4. wa mungkin kena kerja tu hari ler..tapi mungkin gak wa dpt cuti & cukup duit tambang (hehe) wa pegi ler...hmmm.

    wa ada 1 masalah lain...wa tgh pilih baju apa wa mau pakai nanti...baju silat ker? unifom komando ker? byk baju..wa pening ler... hehe just kidding.

    ReplyDelete
  5. hi3 hanzie...
    akak cadang lu pakai baju biru pekat ngan topi merah...
    leh join geng pale merah@FRU...haha

    ReplyDelete
  6. " cpj said...
    *
    *
    *
    ...kalau asyik menyerang membabi buta jer, sesilap haribulan kita yang kena...kihkihkih..."


    >>>nak ada ba bi gak tu cpj neh...hi3

    ReplyDelete
  7. pakai baju malaysia bukan minat malaysia

    tapi orang anti MU

    macam penyokong arsenal, liverpool!!!

    ReplyDelete
  8. kak maymot!

    hehe...geng a****g polis tu x payah buat geng...kalo wa puak pelampau ler, nak jer wa siap bawak belantan ker beliung ker sumpit ker...hehe..tapi wa rasa wa bukan orangnya...wa ingat pakai baju batik merah dgn songkok tinggi ala Johor tu...hehe ..ok tak baru segak cam pendekar...keris?pedang? ada! bila diperlukan...kuang 3x.

    Kucing Parsi,
    hehe..adat ler tu brader... peminat ManU penuh 1 stadium nak tgk ManU main 1Malaysia...diorang bayar mahal-2, dtg dr jauh, susah-2 ajer takkan nak tgk 1Malaysia? Eloknya tahun depan Pro Events ajak ler Real Madrid, Barcelona,Liverpool, Chelsea semua lawan Malaysia...hehe...main kat semua stadium besar cam Shah Alam, Kuching, Kinabalu, Alor Setar, JB? Baru adil kot?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!