09 April 2011

Malaysia oh My Mess-ia


Malaysia oh what a big mess-ia,
Politik songsang budaya ramai pemimpin yang gila kuasa, pangkat dan pengaruh,
Rakyat terbanyak disaji berita berupa fitnah, pembohongan dan janji cuma,
Direka jalan dan tajuk cerita begitu adanya seperti drama,
Sehingga yang orang berkuasa sentiasa terlepas daripada sebarang hukuman dunia,
Jika seorang rakyat biasa mati dikatakan membunuh dirinya sendiri?
Sedang pembangunan sekadar dikecapi mereka yang berada, berkepentingan dalam kerajaan?
Apa makna 1Malaysia kepada kami? 
Apa semua ini sandiwara semata?
Jika hanya sekerat dua dapat merasa nikmat ekonomi tetapi yang lain dipinggirkan?
Mereka bukan rakyat jugakah? 
Adakah rakyat pada kamu adalah sesiapa yang sokong kamu?
Sedaplah kamu di atas membolot semua apa yang ada di negara sedang kami mengemis kepada kamu pula?


Malaysia oh what a big mess-ia,
Ramai Raja dan Sultan tapi apa sangatlah manfaat mereka untuk kita rakyat biasa?
Istana buat baginda & kerabat, ada merata-rata,
Harta panjang berjela-jela diperah daripada khazanah negeri kita bersama,
Cukupkah kita ini setakat tumpang payung mereka? 
Berbangga dengan kekayaan, senangnya mereka?
Sedangkan ramai rakyat melata, hidup cukup makan pakai sahaja?
Laknatullah terhadap sesiapa yang mengkaburi lagi menganiaya orang kita.

Malaysia oh what a big mess-ia,
Kita ada seorang Agong tapi Perempuan Pertama Negara bukan Raja Permaisuri?
Yang menonjol diri kenapa sidia yang berbonjol di dada, berdandan rambut kembangnya?
Tidak cukup hebatkah Raja Permaisuri kita?
Ayuh usahakan supaya lebih ramai lagi rakyat miskin mendapat anugerahNya melalui tangan-tangan di atas tahta istana.
Janganlah hanya seorang perdana bermaharajalela di negara kita,
Orang sana diberinya, orang sini pula melopong ternaganga menunggu pemberian sidia,
Sana dapat, sini tidak dapat langsung?
Sini dapat sikit, sana dapat banyak?




Blah blah blah rant over ... what the hell. I just wanna say like it is. I call a spade a spade, nowt wrong with that, right? Though it'd be a tat naive to do so. Whatever! Who would give a damn@dime about us, eh? Baik depa bagi duit depa@projek@sedekah@derma@simpati pada orang mangsa tsunami di luar negeri, kan? F u. 


To be continued!



3 comments:

  1. Salam Yob Hanz, ni geram tahap extreme ni Yob?

    ReplyDelete
  2. Mungkin le sebab sikap rebelious yg ever ready dlm diri kut, tu mane kenei (bace: kenal) makne puah hati, yob & kak yong nye.

    Pantang nampok seleweng/kezaliman/kebobrakan memang kene le tak kire le sape pun, kawan ato lawan, siap le.

    Awok pun kut salah mane-mane @ ape ape, tolong le tegor yek? Mari pakat pebetuikan le awok. Terime kasih!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!