20 May 2010

Perlukah Tasawwuf?

 

Berkata Imam Imam Syafiâ r.h. : Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah: 


  • Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.


  • Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil. (Imam al-Suyuti, Taâqid al-Haqiqah al-Aliyyah). 

     

Berkata Imam Malik r.h. :
Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli haqiqat. (Shaykh al-Fasi, Qawaid al-Tasawwuf). 


Imam Ahmad bin Hanbal r.h. berkata kepada anaknya Abdullah:
Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah, zuhud dan tinggi himmah. (Shaykh Amin al-Kurdi, Tanwir al-Qulub).

3 comments:

  1. Tasawwuf menjaga urusan hati,feqah menjaga urusan badan, hati dan badan pula mana mungkin dipisahkan semasa hidup di dunia, tetapi hati akan kembali bila saat kematian, badan pula akan hancur, tetapi urusan badan bergantung kepada hati, kesejahteraan hati bergantung pula kepada badan, bahkan badan tidak akan hancur bila hati sempurna dalam sejahtera.Oleh itu tasauwwuf dan feqah bolehkah dipisahkan? Allahuaqlam.

    ReplyDelete
  2. ya ia saling melengkapi.. bagai aur dgn tebing..Pada pandangan hanz (saja), tanpa mendalami tasawwuf (atau subordinatnya sufi) seseorang Muslim tak memungkinkannya menjadi seorang Mukmin. Betul tak?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!