19 May 2010

Apabila Kerajaan UMNO-BN Pandang Judi Menguntungkan & Mendahulukan Rakyat ..


Kesannya, para pemimpin kerajaan BN berbincang sesama sendiri keperluan memberi lesen judi baru (baca: menghalalkan judi) diberikan kepada pihak yang mereka suka. Asalkan segala keuntungan hasil cukai dan sebagainya kerajaan akan peroleh berjuta-juta RM untuk disalurkan semula kepada rakyat. Hukum agama (Islam) tidak perlu diberatkan dalam urusan ini? Di mana penyokong dan ahli serta pemimpin UMNO yang tentunya mengaku Islam? Boleh mereka berdabik dada mengatakan mereka barisan pembela kepentingan umat Islam dalam bersekongkol & mengizinkan 1 lagi lesen judi diluluskan oleh para pemimpin UMNO-BN? Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak (baca: UMNO) telah secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini. Hanya tidak lama dahulu, iaitu, pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram. Cekap & cepat sungguh mereka mengurus hal ini?
"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.
"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Ustaz Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut. Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.



5 comments:

  1. menguntungkan penjudi2 tegar kerana mereka akan menerima hadiah setatus peratus tanpa perlu membayar komisen
    tapi di bawah era negara majoriti melayu apakah dalil nya untuk menghalalkan judi

    perlu diingat judi sememangnya haram seperti arak dan zina, kerana judi ini masyarakat kita akan hancur

    mana dia panglima islam zul noordin mana dia panglima songkok tinggi mana dia mufti perak?!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nampak Tok Mufti teman kali ni ada jugak sanggah idea bos & kengkawan kpd MB Perak, Dr. Zambry tu. Tapi le keras sgt penentangan beliau, hanya sikit, macam buat syarat saja jangan macam beliau pun sokong atau sekongkol kerja haram jadah umarak yg dia selalunya sebulu tu.

    “Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor.

    “Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram,” katanya lagi

    ReplyDelete
  4. Yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram, walaupun yang halal 'merugikan'(tak dapat duit banyak) dan yang haram 'menguntungkan'(dapat duit banyak).Kita mesti ingat bahawa untung dan rugi jangan dilihat dari aspek wang semata-mata, sebab wang tidak boleh dibawa mati.(Bahasa budak-budak).

    ReplyDelete
  5. Malangnya jika pemimpin sendiri sengaja memekak telinga membuta mata (hahkikatnya buta hati) tentang kebathilan yg disangkanya 'kebenaran' (seolah menganggap judi tu bukan masalah umat Islam,ia bukan diadakan untuk kita tapi untuk bukan Islam?, anggap idea tu baik untuk kepentingan negara kerana hasil negara akan bertambah,dsb). Juga malang kepada kita jika Allah murka & melaknat kita semua angkara niat & perbuatan maksiat/ jahilliah segelintir orang yg kita sanjung (atau undi?) sedang kita tak berbuat apa-2 (dlm hati pun tak ada rasa benci) malah merelakan perbuatan mereka tu.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!