Sekumpulan (atau perlu dibaca: segerombolan?) 40 ulama, tidak kelihatan Dr. Mohd Asri, telah menyatakan pendirian mereka menyertai parti 'Melayu-Islam' Umno hari ini, dengan harapan besar untuk mempromosi atau menerap nilai-nilai penghayatan yang sebenar kepada seluruh ahli parti tersebut yang dikhabar mencecah 3.2 juta orang. Begitu sekali status ulama dalam Islam dipandang tinggi oleh rakyat marhaen kerana ilmu agama di dada mereka adalah sangat tinggi. Setinggi langit yang berlapis-lapis agaknya. Sesungguhnya darjat seseorang ditinggikan melebihi daripada sekalian lain apabila dia mempunayai ilmu, pengalaman, karisma dan apa jua kelebihan melebihi daripada yang lain. Sekian lama ulama Islam serata Malaysia memperjuangkan Islam secara neutral, kini 40 daripada mereka telah memilih UMNO untuk berjuang? Hebat, bukan?
Hanya ulama berkenaan, selain Ustaz Nakhaie, Firdaus, Jamil Khir, Ustazah Mashitah dan sebagainya yang mendahului mereka, telah bersetuju memperkembangkan Islam kepada ahli-ahli UMNO supaya mereka mampu membina negara mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. sejak dahulu, kini dan selamanya. Demi negara mereka berkorban walau mengetahui ianya suatu cabaran yang teramat mulia dan hebat. Bukan mudah ulama berkenaan untuk mengajar ahli UMNO yang dituduh jahil agama (Islam), samseng, keras hati, busuk hati, suka berbomoh, suka main judi, perempuan, suka mengugut, suka menggunakan ISA, suka bagi & terima rasuah, menipu kertas (keputusan) undi dan lain-lain maksiat dan kemungkaran yang sejak dahulu. Kini mereka bolehlah insaf, bertaubat dan menjadi manusia berguna sesuai ajaran Islam dengan bimbingan dan pengajaran dari ulama yang sudi berdakwah secara berhikmah dan berhemah. Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan saudara seIslam kita dari terus hanyut dalam kesesatan mereka. Harapanku agar semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO selamanya akan benar-benar insaf dan bertaubat akan dosa silap mereka selama ini serta tidak mengulangi perkara maksiat dan kemungkaran mereka selain kezaliman mereka kepada rakyat terutama mereka yang lain ideologi politik daripada UMNO.
Hadis Nabi s.a.w. melarangkan kita berkasar hingga memerangi (mengangkat senjata) pemimpin atau pemerintah yang mendirikan solat.
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mungkinkah lebih ramai ulama lain perlu akur kepada pemimpin atau umara UMNO seperti DS Najib dan TS Muhyiddin yang kini terpimpin oleh ulama yang begitu ikhlas mencuci dan menyucikan UMNO. Jika mereka bersolat maka tiada alasan untuk pihak lain dan rakyat memerangi mereka selain mereka perlu tunduk taat serta berjuang bersama (jihad) seperti anjuran Nabi kita.
Hadis Nabi s.a.w jelas menyuruh kita akur kepada pemimpin yang masih solat walau mereka seorang jahat (ingkar perintah & melakukan maksiat):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)
Masalahnya, adakah setiap pemimpin UMNO yang mengaku menganuti Islam & juara bagi isu kalimah "Allah" mendirikan solat fardhu mereka? Perlukah kita mengintai dan memantau pemimpin seperti DS Najib dan TS Muhyiddin setiap waktu? Adakah jika didapati mereka culas (culam-culam) dalam mengerjakan fardhu solat juga masih dianggap 'mengerja'kan solat?
Sebenarnya Islam tiada kekeliruan atau bercanggah dalam hal rakyat mentaati pemimpin mereka kerana hadis lain membenarkan kita semua tidak redha (atau taat dalam menyokong) perbuatan pemimpin yang bersalahan dengan Islam.
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim.” (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
Selanjutnya, Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa (kita semua) yang suka mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).”. (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.)
Sumber - Malaysiakini & drmaza.com
Baguslah kalau boleh menjalankan tanggungjawab menegur kesilapan pemimpin dengan berhemah dan berhikmah:
ReplyDeleteRasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
cara hemahnya kita sokong apa yg dia buat betul pada Islam. Macam tu Islam & semua kita menang. Kalau tak suka pun dalam hati kena tak subahat la, serendah-rendah tanda bantah walau terpaksa sebab kerja, meniaga, projek, dll. Kalau dah tahu tak betul tapi eh dalam hati pun tak ada rasa benci kelemahan, kesalahan, maksiat, dsb tu, susah la nanti.
ReplyDeletelagi 1, hal kuasa undi tu kita tentukan sendiri pilihan hati yg boleh menghukum atau mengajar sesiapa parti & wakilnya yg kurang berkesan semasa terpilih untuk berkerja untuk rakyat dulu.
Cara hikmah - boleh la masuk UMNO cuci apa patut...hehe... nasihat la pemimpin cara lembut sapa-2 yg nak dengar tu. Tak payah kutuk UMNO & pemimpinnya yg silap. lantak pi dunia nak terbalik ke malaysia nak jahanam ke, biaq pi depa. Kita kita depa depa, punya hal. Tapi ya ke camtu? Cukup ke kita senyum saja? Atau buat nohen, buat dek saja. Tanpa reaksi. Payah la gua nak jadi Hang Tuah...Hang Jebat boleh.