26 June 2010

ISA : Runtuh Juga Akhirnya Kem Kamunting???


Malangnya perkara ini tidak mungkin berlaku semasa pemerintahan UMNO-BN. Ini kerana Kem Kamunting untuk tahanan ISA berkenaan tiada nilai komersil berjutaan ringgit untuk direbut dan diratah oleh  pemimpin UMNO-BN, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tertentu dan juga rakan-rakan atau proksi pemimpin UMNO-BN atas alasan pembangunan seperti terkorbannya Penjara Pudu di kawasan strategi perdagangan dan perniagaan iaitu di "Segitiga Emas" bandaraya Kuala Lumpur. Hakikatnya Kem Kamunting di Taiping, Perak dan ISA akta 'drakonian' itu sendiri adalah sinonim dalam kelangsungan pemerintahan UMNO-BN. Ia sudah menjadi talian hayat UMNO-BN apabila mengalami detik mencemaskan 'survival' politik mereka dalam menghadapi kemaraan lawan politik mereka khususnya Pakatan Rakyat. 

Dengan tertegaknya penjara, suspek ISA mereka (baca: musuh UMNO-BN) pada bila-bila masa sahaja boleh ditahan tanpa perlu sebarang bukti yang konkrit dan selanjutnya  Menteri  (lantikan  politik) di Kementerian Dalam Negeri akan mengarahkan penahanan suspek sehingga bertahun-tahun lamanya selain menafikan hak perbicaraan tahanan ISA di mahkamah umum atau terbuka. Kementerian akan memberi alasan keselamatan negara daripada ancaman subversif atau pelampau pengganas antarabangsa tanpa mendatangkan sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertuduhan. Setiap penahanan ISA pula adalah dalam tempoh yang begitu lama dengan tiada sebarang bukti sewajarnya dan tidak pula mereka diberi peluang membela diri seperti mendapat khidmat peguam bela dan kes tidak dihadapkan ke mahkamah, jelas adalah amat tidak bertepatan dan menyalahi prinsip kemanusian. Bukankah itu satu bentuk kezaliman dan simbol salahguna kuasa kerana melanggar sistem keadilan umum selain ia ternyata menyalahi sistem keadilan Islam?

Rakyat yang menginginkan kedamaian dan keamanan negara perlulah mempercayai sistem dan akta yang sudah sediaada, selain ISA, adalah mencukupi untuk menjaga keselamatan negara dan kita semua. Ini termasuk aspek perisikan, tinjauan, pencegahan dan pemantauan oleh pihak berkuasa keselamatan negara. Kita sendiri sebagai pencinta keamanan perlu bersikap adil dalam menilai dan menjangka ciri-ciri seseorang 'pengganas' supaya kita tidak mahu pihak berkuasa negara kita tersilap dengan menahan orang yang tidak bersalah pula walau pun dia mungkin suspek penjenayah yang dikehendaki. Maklumat dan bukti hendaklah jelas dalam menahan suspek. Setiap penahanan yang silap adalah bermakna kita telah juga bersalah dan membawa erti menyokong kezaliman ISA yang mengimplikasikan suatu penyiksaan kepada tahanan ISA tersebut. 

Kita hanya perlu akur kepada sebarang tindakan kerajaan jika ia sentiasa berlandas kepada prinsip keadilan sejagat. Pentadbiran kerajaan mungkin mempraktikkan dan mempromosi mythic reality” yang menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyokong keputusan dan tindakan kerajaan yang kabur. Justeru, cukuplah kezaliman setakat di situ. Janganlah pula kita pada masa hadapan sampai merelakan Kem Kamunting yang menahan suspek ISA menjadi sebuah kem maut seperti mana-mana kem tahanan Perang Dunia ke-2 dahulu seperti KZ Dachau, Auschwitz-Birkenau, Belzec, Chelmno, Majdanek, Sobibor dan Treblinka di Jerman semasa zaman kezaliman regim Nazi.
“'Lurking beneath the surface of every society, including ours, is the passionate yearning for a nationalist cause that exalts us, the kind that war alone is able to deliver.’ When war psychology takes hold, the public believes, temporarily, in a ‘mythic reality’ in which our nation is purely good, our enemies are purely evil, and anyone who isn't our ally is our enemy.
New York Times, Op-Ed by Paul Krugman, quoting Chris Hedges, Sept. 7, 2004

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!