29 April 2009

Hanya Dia Kerana Dia Kepada Dia ...Allah



Siapa pun kita, ingatlah Dia.. Allah s.w.t., 
Setiap waktu dan ketika, 
Cubalah! 
Walau sibuk bagaimanapun, 
Atau tengah berasa sakit tak terperi, 
Walau susah hati, 
Sempit rezeki papa kedana melarat. 

Jika kita sedang senang hati, 
Ada kuasa dan pengaruh, 
Juga banyak masa, duit, harta benda, 
Bersyukurlah dan ingatlah hanya kerana Dia, 
Segala seakan sempurna, 
Demi kita hanya manusia, 
Bisa sahaja lalai dan lupa. 

Ingatlah kepada Dia, 
Dengan tunaikan segala perintahNya, 
Tinggalkan segala laranganNya, 
Walau kita tetap engkariNya, 
Dia masih ingat kita, 
Sentiasalah kembali kepadaNya,
Kerana jika tanpa kasih Dia, 
Jika Dia jauh di hati kita, 
Sesatlah kita, 
Walau kita punya segala masa,harta, kuasa di dunia.

 

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!