16 June 2010

Brazil Menang, Malangnya Penyokong Judi Bolasepak pula Kalah



Jelas kelihatan seorang gadis penyokong Brazil bergembira dan senyum riang (pic) walau pun 'abang'nya membingitkan telinganya dengan tiupan vuvuzela yang menyumbangkan pencemaran bunyi (was found to emit an ear piercing noise of 127 decibels ). Brazil telah berjaya menjaringkan 2 gol seterusnya memenangi perlawanan pembukaan mereka dalam kumpulan G ketika menentang pasukan Korea Utara semalam 15/6/2010, pukul 1930 waktu tempatan (awal pagi 2.30 am 16/6/2010 waktu Malaysia).

Group G
                                 TEAMS                              PWDLFAGDPTS
Brazil 11002113
         Ivory Coast 10100001
   Portugal 10100001
          North Korea 100112-10

 

Malangnya ramai penjudi bolasepak kalah dalam pertaruhan mereka sekiranya bertaruh atas pasukan Brazil untuk menang dengan margin 2 gol ke atas. Kebanyakan operator sindiket judi bolasepak di talian internet (online betting) memberi "odds" yang hampir sama iaitu 1.5 hingga 2.5 gol atau 'handicap' kepada Korea Utara, atau, Brazil dikatakan "favour" untuk menang dengan 2 gol ke atas. Keputusan rasmi Brazil hanya menang tipis 2 gol berbalas 1. Maka jelas margin 1 gol tersebut tidak memuaskan hati penjudi yang kalah pertaruhan mereka selepas perlawanan. Para penjudi bolasepak yang tiba-tiba menjadi penyokong Brazil menjelang dan semasa perlawanan tersebut kerana mereka berharap (baca: bertaruh) Brazil menang melebihi 2 gol ke atas Korea Utara. Mereka mungkin membayangkan Robinho akan menjaringkan "hattrick" (3 gol), Fabiano 1, Kaka 1, Maicon 1. Malangnya ia tidak berlaku sedemikian.

Di Malaysia disebabkan pusat perjudian bolasepak mendapat tentangan hangat daripada masyarakat yang prihatin tentang gejala judi, maka para penjudi (bettors) akan bertaruh (make their sports wagers) dengan sindiket judi haram (with illicit bookmakers). Lazim orang perantara ini dikenali sebagai "bookies". Penjudi boleh juga bertaruh terus di akaun mereka masing-masing di talian internet (online football betting) setelah melanggan melalui agen atau "bookie". Jika penjudi bertaruh secara mudah iaitu menang, kalah atau seri, "payout" atau perolehannya kurang lumayan jika menang sekalipun. Mereka lebih menggemari menilik nasib berdasar tip atau "odds" atau "bookmaker prices" (in sportsbook) di mana penjudi yang bertaruh atas Brazil untuk menang melebihi 2 gol ada kemungkinan dapat melipat gandakan 'pelaburan' wang mereka sehingga 3 kali ganda. Mungkin begitu barulah mereka berasa berbaloi dan mencabar minda kebanyakan penjudi kontemporari yang sanggup bercekang mata menonton "live" perlawanan tersebut.

Jenis pertaruhan mudah atau 'direct' sebegitu mungkin hanya sesuai untuk rakyat Malaysia yang masih berjinak-jinak menjadi pengikut syaitan seorang penjudi professional sebagaimana mahu dilahirkan oleh Vincent Tan dan rakan-rakannya dalam UMNO-BN di negara ini dengan memperkenankan pemberian lesen judi bolasepak untuk orang bukan Islam? Kononnya. Akhirnya, masalah judi akan terus berleluasa seperti aktiviti nombor ramalan yang telah lama bersarang dalam masyarakat sehingga orang Islam sendiri membentuk jumlah penagih nasib (penjudi) yang terbanyak. Cukuplah dengan masalah yang ada dan jangan ditambah dengan berjudi bolasepak pula.

p/s: Bet my top money that puak fahaman UMNO-BN la paling suka, paling banyak 'betting' semasa World Cup berlangsung kini. Kalau sudah budaya orang yang kurang suka mendalami agamanya (Islam) & pemimpinnya pula memang jenis 'merosakkan lagi menyesatkan' hingga membiarkan mereka terus sesat larat. Dunia hingga akhirat. Sayangnya, selama hari ini pun orang Melayu juga menghurungi kedai-2 nombor ramalan - 4 digit, loteri, dll.  Takkan kita nak biarkan gejala ini bertambah parah dan membiarkan sahaja tanpa bantahan terhadap pemberian lesen judi baharu. Sekurang-kurang kita perlu meluahkan kebencian kita terhadap masalah ini supaya terkawal dan peringkat seterusnya kita dapat mengawalnya untuk hanya orang bukan Islam.

13 comments:

  1. Cpj kagum dengan gerakan 'man from behind' yang dilakukan oleh maicon.Pergerakan fizikal dan skillnya membuat tendangan sungguh sempurna.Inilah standard pemain yang bertaraf dunia yang harus dicontohi oleh pemain mesia.Cpj lebih berminat melihat bola dari aspek ini.

    ReplyDelete
  2. Overlapping drp Maicon (INTERnazionale) yg merupakan seorang Right Back (RB) yg tugasnya juga mirip Right Wing Back (RWB) memerlukan fizikal & skill yang top. Meaning dia kena ada kecergasan (match fitness) perlawanan peringkat tertinggi. Bila fizikal & muscle macam atlet marathon (atau mid-range runner) tentu tak cungap untuk lari & lari & lari. Sentiasa dlm 90 min tu. Keseimbangan badan (body balance) & kelincahan (agility) pun terserlah.

    Skill & talent (Kemahiran & bakat) boleh dibentuk & dimantapkan lagi dr masa ke semasa, kan cpj?

    Yg penting kesihatan fizikal & mental yg perlu ada sebagai juara. Skill & talent is nothing kalau tak sesuai tahap fitness. Kekurangan fizikal pada seseorang pemain spt ketinggian mungkin boleh ditampung dgn kelebihan lain spt. skill membaca permainan, kelajuan (pace),semangat (gritty gut) atau pengalaman dsb. Kalau nak lebih berjaya kenalah melebihi drp kebanyakan orang lain - kawan & lawan. Untuklah contoh untuk menjadi yg terbaik.

    Malaysia? payah lah nak jumpa dah pemain era 70an & 80an yg banyak features? ciri-ciri pemain yg yg hebat spt. Ghani Minhat, Syed Ali, Mokhtar Dahari (Super Mokh), Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azizol, Zainal Abidin, James Wong, dll...Kot ada pun jumpa 2, 3 orang yg 'superstar' tapi pasukan overall tak mantap. Jadi dia tenggelam terus, tak timbul-2 dah lepas tu. selama ni tak ada usaha yg meyakinkan untuk memperkasakan skuad kebangsaan. Kecuali akhir-2 ni skuad Rajagopal tu boleh tahan. Jangan jadi macam skuad Olimpik Chow Kuae Lam dan yg seumpapanya, sudah la.

    ReplyDelete
  3. The post is written in very a good
    manner and it contains many useful information for me.
    แต่ในทางกลับกัน
    jav

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!