29 June 2009

Obama tepon DS Najib ker USA kalah bola?

Perlawanan bolasepak memang wa amat suka nak komen. Semalam berlangsung perlawanan akhir Piala Konfederasi 2009 di Afrika Selatan, yang akan jadi hos atau tuan rumah Piala Dunia 2010 pada musim ______ ? (sejuk kot hemisfera selatan?) bulan Jun tahun hadapan.

Perlawanan 'final' ini bukan impian semua peminat 1Dunia (in comparison to 1Malaysia? hehe) yang mana 'sepatutnya' Brazil vs Sepanyol. Tetapi entah mengapa Sepanyol tidak mampu menempah tiket ke akhir adalah masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Maka Brazil ditakdirkan bertemu Amerika Syarikat (hmmm do they ever know how to play this game, this ain't their American Football ya see? & they say we play soccer instead?).

Wa bukan nak komen minute-to-minute cuma review overall that game. Hmm..tidak jugak! Wa nak bagitau 'Hero' datang tepat masa walau pun nampak macam agak terlewat...hehe..cam hero Hidustan pulak yer? Mana tidaknya, separuh masa entah macam mana USA mendahului 2 gol tanpa balas! Ulang tayang USA mendahului 2 gol tanpa balas! Meaning, USA 2 Brazil 0 ler tu.

Maka itu wa yang paham bahasa bolasepak (kan ker bolasepak ni 1 bahasa dunia? WORLD beb!) jadi wa pun ambik keputusan yang drastik wa pi zzzzZZZZ lagi bagus daripada wa sumpah seranah Dungu (hehe..actually DUNGA), Kaka', Robinho, Lucio dan kengkawan dia.  Tau-tau esoknya Brazil merangkul kejuaraan Piala yang tak ler berapa penting tu. Brazil menang 3-2. Wa cam tak caya tapi wa tak ler pulak pi tepon tanya sama Presiden USA Obama tu. Wa baca news daripada internet saja ler. Hehe

Buat peminat USA jangan kecewa sampai bunuh diri atau minum todi (arak)..relek brader & sis, tahun depan lawan lagi. Cuba lagi okay ..tak gitu mr. Obama? "Oh yeah sure...ya know i just called DS Najib (Malaysian PM) to tell him about this ****ing bad news."  

15 comments:

  1. malaysia??

    gua bagi estimate 3500 tahun lagi pasukan malaysia

    http://melodymockers.blogspot.com/2009/06/3500-tahun-lagi.html

    ReplyDelete
  2. eh Kucing Parsi Malaysia Boleh maa pegi World Cup dgn 2 syarat ler:

    1) Kita main kat zon Concacaf ker apa ker..ala wa tak ingat lak kejap nih..hmm..ala zon Australia, NZ, Papua New Guinea, dll negara tu..skrang Australia dah takmau main zon situ, tak dak 'fight' & no good for their development in term of having high quality international matches...selalu pun Australia menang zon tu...pastu diorang pegi playoff lawan 1 wakil lg Asia sebelum layak ker WC...Apa kata Malaysia pegi main zon tu...sikit jer match nak lawan, takat NZ jer...takkan Papua new Guinea pon tak leh makan? entah ler..hehe

    2) Kita lobi jadi hos WC 2018 atau 2022 mana-mana ler yg kita rasa pemimpin boleh lobi undian (rasuah ker apa tu wa tatau ler..hehe)..kita kana ker ada byk stadium bolasepak... At least kita leh bid for ASEAN jadi hos WC 2014 atau 2018 sama dgn Singapore, Thailand, Indon..amacam? Cun tak idea nih? Lu ada bantahan lu forward kat FAM jer ler...hehe

    ReplyDelete
  3. pasukan malaysia, kalau cpj jadi pengurus dan hanz jadi juruletih, tak sampai lima tahun jer leh masuk tiga suku final piala dunia!...apa masalah? betul tak hanz?

    ReplyDelete
  4. hehe cpj...Malaysia boleh isnyaAllah pegi World Cup ... tapi kita pengurus & jurulatih, tak cukup lagi tu...kita kena beli & import semua pemain ternama dunia seperti Kaka', Robinho, Robben, Raul Gonzales, Torres, David Villa, Puyol, Ferdinand, Vidic, Larsen, dll...kira-2 kena ada 35 pemain world-class ler baru wa setuju jadi jurulatih (ketua)..Pengurus cpj akan layan media & buat press conference. Kerja wa tengok jer semua pemain berlatih ..wa kata 'start' & 'stop' jer....hehe...cam bela lembu/ayam lak ...kuang 3x.

    Kalo camtu tak masalah apa. Kalo dapat kerjasama FAM beli semua pemain wa nak tu, gaji wa bagi RM3000 sebulan, pagi petang siang malam wa kat padang training sama pemain...gaji depa tu jangan sangkut lak..kang mogok wa gak susah nak motivate ...hehe...cpj boleh buat fitness test & training sessions untuk depa sesuaikan diri dgn cuaca negara kita...hehe.

    ReplyDelete
  5. kalau malaysia masuk world cup pun aku tak sokong jugak

    ha ha ha

    buat perabih duit je

    main sekejap seri sekejap kalah
    dah tu kalah bukan nya sedikit

    ReplyDelete
  6. USA nak antar player depa training kat malaysia.... hahahah

    ReplyDelete
  7. ala, obama call sbb nak mintak durian sebijik ar..haha

    ReplyDelete
  8. malaysia nak hantar g club kat timor leste sebagai pemain import pun kelab kat sana tak nak

    malaysia kalau nak main bola jangan cakap orang nak tengok pemain tempatan

    itu bodoh nama nya

    aku rasa satu malam kalau stats kat astro tu HULL city main pun lebih tinggi dari orang tengok satu malam pada suma venue kat malaysia

    ReplyDelete
  9. Baginda Reformasi,

    hah! mana hang baca/tau USA nak hantar pemain depa training kat Malaysia? atau nak friendly match dgn Malaysia? atau vs Myteam? Memang kelakar ala LawaKing ar camtu...hehe..Wa rasa Obama call DS Najib pasai tu gamaknya... mula-2 hantar team bolasepak training, pastu hantar askar depa training..tak lama pastu polis, CIA & FBI semua mai buat cawangan sini.

    ReplyDelete
  10. Basuh Baju,

    mungkin gak pasal tu... hehe

    ReplyDelete
  11. Kucing Parsi,

    Tu ler masalah FAM..depa buat kerja apa entah wa pun heran...liga tempatan, Liga Super ker perdana ker, semua haprak jer..kot bagus main pun top 5 team ler cam Perlis,S'ngor,Klate,Kedah hat lain cam tak standard liga kampung jer, terlalu inconsistent..sekejap menang, sekejap seri, pastu kalah, kalah & kalah lg...hehe.. Perak pun camtu gak...kesihan team negeri wa..sedih...hehe

    Pemain import tu bagus ada, penyeri liga..walau pun depa tu kulit itam legam, tak pa ttp depa jadi '..janji main bagus, passing, cross bola kat dia, kacang jer dia score/jaring gol..FAM ler mangkuk ayun..sat x leh import, sat boleh lak dah, sat haram balik...mmg haram jadah FAM nih, depa punya pasai ler bolasepak M'sia jadi teruk jatuh meredum...hehe.

    ReplyDelete
  12. tahun 1990-an tiket 10 ringgit macam beli newspaper je... laku macam pisang panas...

    sekarang masuk free pun orang tak ndak!!!

    ReplyDelete
  13. Kucing Parsi,

    a ah betul tu, skrang mungkin bagi free pass pun orang/peminat bola tak masuk/pegi stadium gak.. tu petanda bolasepak kita tiada sambutan & tarikan.

    Elok kita cadangkan beberapa perubahan spt:

    1. Tukar semua pemain Super League dgn... pemain wanita (pompuan) supaya ada daya tarikan kpd penonton...hehe ..penonton mesti ler umo 18 tahun ke atas saja. Yang pemain yg ada skrang pon bukan leh bawak ke M'sia ke mana ..WC CUP? iskkhh jangan mimpi ler...baik kita bagi peluang pemain-pemain wanita lak main bola kat stadium tu.

    2. Setiap team bola mesti ada pom pom girls atau cheerleaders untuk menarik perhatian peminat bola ke stadium...hehe...aduii semua pandangan sekular wa bagi nih..sabor yer, ada pandangan Islamik wa nak bagi nih.

    3. Ok kalo nak Islamik sikit...kita buat ceramah agama/ceramah politik/wacana ilmu/debat perdana pada hari matchday...contoh Perak vs Selangor..penganjur leh ler jemput tokoh ilmuwan ternama spt. Kol. Jamil Khir, Menteri Agama tu, TGNA, TGHA, Lim father & son, Karpal Singh & son, Tun Mahathir & son, Razak & son..ops! DS Najib & PM (Prime Ministress)..hehe
    Sure ramai punya wa cakap lu. Stadium leh collect singgit sorang pun mau 50 ribu orang datang...hehe

    ReplyDelete
  14. gua punya idea mungkin ada lemak sedikit

    kita orang nak jemput juara realiti tv ke stadium

    orang sanggup bayar 50 nak tengok diaorang ini

    so kan sekarang ada banyak penyanyi realiti tv

    so ada jugak projek diaorang ni

    ha ha ha

    p/s: kalau gagal jugak gua letak jawatan timbalan presiden FAM, kena tibai!!!

    ReplyDelete
  15. ha ha ha...KP

    sgt bagus idea lu... wa pun tak terpikir ..mmg geliga otak lu...thankz! boleh diusulkan kpd Menteri Sukan Encik Shabery kita tu. KJ pun boleh tumpang buat ceramah sambil nyanyi 1 pentas dgn up & rising reality starz tu..hehe.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!