11 July 2009

ISA adalah sifat dajjal laknatullah

Akta ISA baik bukan pasal apa, akta ni nak tangkap orang yang disyaki jahat sahaja, penjenayah,politikus yang melampau dll, supaya depa akan ditahan dalam penjara (bukan lokap balai polis, ok). Bila dah dalam penjara, depa tahan suspek untuk siasatan lanjut, & ni langkah yang bijak kerana dapat mencegah suspek membahayakan keselamatan umum & negara. Walaupun komunis dah tak ada, ramai lain yang dikhuatiri boleh menggugat keselamatan negara, akan ditangkap lalu disumbat ke penjara selama 2 tahun. Pastu, akta ISA ni ditokok perisa bagi sedap rasa, untuk akta ni memulihkan fahaman suspek yang diragui, untuk mengajar & membimbing suspek ke jalan yg "betul & diredhai" (oleh pemimpin kerajaan), untuk segala macam alasan pemimpin khasnya Menteri Dalam Negeri hendak bagi untuk halwa telinga & mata rakyat yang "baik,lurus & cerdik" di Malaysia nih. Pembicaraan di mahkamah tak payah (tak diizinkan) dalam akta ni pasal semua dah selamat dengan tertangkapnya suspek penjenayah ni. Begitu keadaannya dari dulu ia ditubuh, kini dilaksanakan dan selamanya ia "diperlukan". Bahkan ada pula tokoh agama seperti Ustaz Ahmad Nakhaie (u know who) berasa syukur ISA ni ada, kita semua selamat & aman tak cam negara lain yg huru hara sebab depa sana tak ada akal untuk mengadakan akta seumpama ISA ni di negara depa.

HAKIKATnya ISA akta yg zalim. Aku kata 'zalim' pasal ikut asas undang-2 Islam pun dah salah. Dari segi Islam, kalau dah menyimpang seperti ditahan begitu lama, dinafikan hak untuk bicara di mahkamah, hak peguam bela, hak membuktikan atau menafikan tuduhan, dll...MANA TAK ZALIM? Kalau ikut kata PBB pun ISA tu dah salah dah... Tambahan ada bukti hidup seperti bekas tahanan ISA mengaku bermacam-macam seksaan fizikal & mental (kecuali beberapa kes & orang seperti peguam ex-Arqam dulu wa pun lupa nama dia). Ikut suka hati saja nak tangkap sapa-2 dah sekarang ni & lama pulak tu sampai 7, 8 tahun pun ada..iskh 3x.

Jadi, mari kita teruskan usaha kita untuk meroboh tembok pemikiran kebanyakan masyarakat kita yang sebenarnya buta hati atau ditipu hidup-hidup oleh kerajaan dulu, kini & selamanya zalim tu. Kempen kesedaran adalah perang psikologi dan pembentangan secara ilmiah untuk depa yang boleh berfikir dengan waras. Soal hati buta, kita doakan hidayah daripada Ilahi. Jika kempen mansuh PPSMI dah hampir berjaya & membuktikan kuasa rakyat boleh menggugat keegoan pemimpin kita, kempen mansuh ISA juga memerlukan kita semua menyumbang sesuatu yang bermakna untuk memansuhkan akta ISA yang haram jadah tu..ops! wa mintak maap, wa kasar bahasa..wa ada sikit emosional...hehe.

Lu pikir la sendiri!

2 comments:

  1. Yang penting kita kena ikut hukum Allah.Apapun alasan kita untuk melaksanakan juga akta tu,semua tu ikut akal kita saja sedangkan akal tu Allah juga yang cipta.Kalau akal tu selari dengan Hukum Allah baru alasan tu boleh pakai, tapi kalu akal tu bertentangan dengan hukum Allah tu yang dipanggil HODOB (alamak terbalik la pulak)kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. hehe..cpj...sebenarnya kita kalaupun kita ni sgt. bijak/pandai byk bidang ilmu/kepakaran & kita dipanggil bijaksana/ilmuwan/tokoh/cendekiawan etc. dgn apa gelaran sekalipun e.g. profesor,saintis,pakar tu pakar ni,ulamak,doktor etc....kita tetap ada kelemahan yg kita sendiri mungkin tak sedar atau malu nak mengaku kekurangan kita sbb kita dah ada sifat-2 ego/arrogance/ignorance/sibuk/tamak etc.

    sebenarnya kita masih "HODOB" (hehe..saja terbalikkan)DALAM HAL-HAL LAIN yang bukan kepakaran kita..at least selagi kita belum belajar/master knowledge & skills ilmu tu...e.g. memasak...kita tak pandai masak, kita bukan chef,kita tau masak air, mee segera,telur rebus & mungkin buat sambal ajer...hehe....resepi lain kita tak tau..tu bodo gak tu...hehe

    kita tak tau buat kapal terbang cam Airbus, Boeing..hehe...ulamak pun cam tu,depa bukan tau semua benda/perkara...kita cerita bab ilmu/skill/tau 1 1 hal..bab buat/amal tu lain hal..kita ketepikan dulu.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!