07 July 2009

Babi = Haram. ISA = Haram? ISA = BABI?

Sila rujuk http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1037-sn174-isa-haram-di-sisi-islam Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13]. Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, (Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atu zimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atu zimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153]. Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah. Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, Maka barang siapa yang telah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini[HR Baihaqi]. Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak. Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda, Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti, nescaya aku akan merejamnya [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Ini menunjukkan bahawa tidak boleh merejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelas meskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut. Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidak menghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberi wahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnya kuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampaui batas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka dengan mudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting dan menyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh! Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukan kesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polis menahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat sebelum melakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanya boleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dari Mahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad. Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim dari bapanya, dari datuknya, Bahawa Nabi SAW menahan seorang lelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan[Riwayat Lima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah SAW menahan seorang individu selama sehari semalam dalam satu kes pertuduhan. Perlu difahami bahawa penahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan (tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera atau menyeksa tertuduh pada waktu ini. Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa SallamSeandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas) perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina, namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukan apa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi, jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh semata-mata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentu perempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannya memang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyata hakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secara mutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukuman terhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yang demikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera, memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman (punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkan kesalahan. Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, "Seorang lelaki telah meminum khamar dan mabuk dan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepada Rasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepas lalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabila hal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa seraya bertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata Ibnu Abbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalam perkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidak ada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya juga tidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapi tidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agar mengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukuman ke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’. Oleh yang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarang bentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkan oleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan, statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannya pesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis atau menteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’. Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga dua tahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramat jelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haram hukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun. Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di mana Rasulullah berpesan, Jika dua orang yang bersengketa di hadapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkau menjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan dari pihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar dari pihak pertama[HR Ahmad]. Malangnya di dalam kes ISA, suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim dan langsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya ‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa (Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pun dan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguh sedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkala melihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawa mereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikuti oleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini mereka campakkan kesemuanya? Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yang diluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, dan ternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam. p/s: wa sokong kalau dah haram tu haram ler..pasal ada kaitan dosa di situ...tu jer..kalau tak ada dosa, maka mungkin ada hukum lain, cam sunat, wajib, harus..tu ya boleh pahala.. hehe. Wa tahu dah ISA adalah sebuah akta yang memang zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, wa mau mengukur ‘zalim’ itu dari perspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Kalo ikut hati wa mau ajer wa jadi Rambo & lepas semua "hostages ISA" tu...hehe...boleh ker wa jadi hero nih? Tapi bila wa pandang dari kaca mata Islam, maka wa dapati ISA adalah undang-undang yang memang bertentangan dengan Islam, yang mana ISA hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti di Parlimen. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya. Justeru, ISA wajib dihapuskan dan bukan dikaji untuk menghalalkannya. ISA perlu diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu jika akta begitu penting sangat untuk pencegahan gerakan subversif yang membahaya keselamatan negara & wa...hehe walau pun ISA tu kiut & baik (jinak) cam babi (baby boar spt. dlm gambar) di kandang pun ia tetap haram maa..kan ker senang nak paham camtu? Wallahu a’lam.

4 comments:

  1. waduh!...hebatnya n3 ni...rasa sampai ke tulang sum-sum!...sape tak rasa tu memang keballah!....jangan bebal sudahlah!...

    ReplyDelete
  2. cpj,

    artikel bukan btujuan apa melainkan menerangkan apa yg ISA tu salah & zalim drp preseptif Islam..ada nash menyokong sesuatu pengadilan/penghakiman sapa yg dituduh perlu dibicara & diberi haknya. Tu ajer.

    Analogi ISA=babi=haram, hanya sama pada drp segi hukum Haram shj..di mana ISA haram krn kezalimannya, sdg'kan khinzir tu haram disentuh, dimakan dagingnya oleh kita yg Muslim.

    hehe...sebenarnya tajuk ni lawak kasar sikit...cam perli...kiasaan.

    ReplyDelete
  3. ISA memang lari dari syariat pun, benda ni dah lama diperkatakan, patutnya xde yg berselisih dlm hal ni..

    cmna Islam nk kelihatan sbg agama yg indah, selamat dan terbaik dimata manusia jika undang2 tahan tanpa bicara diterapkan dlm nilai2 Islam?

    ReplyDelete
  4. tu maknanya dakwah (penerapan nilai Islam) yg sebenarnya terpesong kerana agenda depa sendiri depa tu sebenarnya hanya bertujuan menyemai benih, dah naik tunas depa buat acuh tak acuh saja...tak bubuh baja, siraman air yg cukup,racun jagaan drp makhluk perosak dll kerja berkaitan...depa biarkan ajer rosak,mati anak benih/pokok tu,jadi mana nak dapat hasilnya..bukan hasrat depa nak membuahkan hasil kefahaman ilmu Islam yang komprehensif & perpaduan masyarakat Islam yg lebih baik, atau, menarik perhatian/membuka hati-2 bukan Islam supaya mengetahui kebenaran hukum/syariat Islam.

    Patutnya semua kita, kerajaan, parti-2 politik nampak perkara ISA ni akta zalim & bertambah parah jika ia dimanipulasi oleh setengah orang saja..kita dr dulu pun tak byk membantu keadaan sebenarnya..elok ler kita mula skrang.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!