05 July 2009

Matamu menawan hati

Mata adalah suatu anugerah Allah s.w.t. kepada kita manusia. Dengan dua biji mata yang diberikanNya kita mampu memandang sekeliling kita. Kita mendapat banyak ilmu dan mampu menilai sesuatu dengan bantuan mata kita. Besar sekali nilai mata kepada manusia. Walaupun ada di kalangan kita yang lahir buta matanya atau cacat penglihatan akibat sesuatu kejadian yang tidak diingini, tidak dapat kita menyangkal kepentingan mata dan kemudahan anugerah Ilahi. Maka kita yang beriman (percaya) kepada Allah wajiblah bersyukur kepada Allah. Begitupun manusia lain yang tidak beriman kepada Allah juga tahu peri penting mata dan mahu ber'syukur' sesuai dengan kefahaman mereka.  

Dari kerana mata, hati ini terkesima, teruja memuji kecantikan, keayuan mata sijelita. Dari mata turun ke hati, berputiklah cinta. Biarpun mungkin cinta itu cinta buta walau cinta monyet sekalipun, tetap akibat panahan mata sidia, hati ini terpersona. Oh indahnya jelingan mata, dihias begitu rupa, bagai puteri kayangan, mungkinkah dia bidadari. Siapakah gerangan yang empunya mata yang memukau sekalian jejaka? 

Wa suka ler hal mata nih... ada mcm mcm berkaitan perkataan 'mata' nih...ada silap mata, ada mata-mata, air mata, matahari, matahati dsb. Wa suka gak mata wa...walau wa rabun sikit..wa mampu pandang jauh & dekat lagi..maka wa kena syukur gak ler...1 hal lg wa suka ler mata yang mengancam...selalunya pada wanita ler...walau mata lelaki ada gak mengancam tapi pompuan lagi mengancam pada wa. Gambar di atas hanya hiasan untuk melambangkan kekaguman wa pada mata yang mengancam. Thanks Allah. Begitupun mata gak leh membinasakan kita terutama keimanan ketaqwaan kita kepadaNya..jadi selain kita kena jaga kesihatan mata kita drp segala kerosakan (kalo dah rosak sikit tu, rawatlah insyaAllah leh baik) spt. Konjuktivitis ker Sub-Konjuktiva ker, elok gak kita jaga pandangan (dgn maksud bertaubat, insaf & tawadduk drp godaan nafsu). Apa salahnya kita menangis air mata darah sekalipun pun untuk kita bertaubat? Cam wa yg byk dosa nih mmg patut ler menitiskan air mata bukan saja air mata kesyukuran tapi juga air mata keinsafan.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. pun selalu gak menangis terutama dalam solat malamnya. Baginda pernah bersabda “Air mata ini bukti wujudnya kasih sayang ALLAH Taala yang diletakkan ke dalam hati kita. ALLAH mengasihi setiap orang yang mengasihi sesama insan lain” ... apatah lagi kita? 

7 comments:

  1. tepat sekali saudara...biar buta mata jangan buta hati...it's bad but not the worst...tapi seeloknya kita biar ler celik mata (mata cantik, tajam dll yg sekongkol dgn'nya) & juga celik mata hati (beriman, berilmu, baik hati dll yg sekufu dgn'nya)..baru ler hidup d dunia pun penuh makna hingga ke akhirat sana.

    ReplyDelete
  2. ops! 'sekongkol' tu cam ada elemen negatif lak ...better guna/ganti 'setara, seumpama'...wa silap wa minta maaf lor ... hehe

    ReplyDelete
  3. cpj pun suka jugak pasal mata ni, mari kongsi kat sini...http://cikgupj.blogspot.com/2009/04/mata-berguna-bila-adanya-cahaya.html

    ReplyDelete
  4. cpj..kongsi mata ker?..seri ler kita...hehe

    insyaAllah kita semua bincang lg kat kotak komen entri cpj

    ReplyDelete
  5. ishh...
    ngancam nyer mata...
    patut korang yg laki2 ni takleh tgk...

    ReplyDelete
  6. hehe kak maymot... deme kata "dari mata turun ke hati" kan?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!