01 August 2009

Apa sahaja namanya perjuangan,

Ia pasti bukan mudah dan selesa,

Malah tiada jaminan keselamatan pun pada kita,

Ada perjuangan itu jihad fisabililah,

Ada juga perjuangan yang jahat,

Kita pilihlah kebenaran berpaksi ilmuNya,

Maka jika pun perjuangan itu mudah, ia dimudahkanNya,

Hakikatnya tiada apa yang susah melainkan dimudahkanNya,

Setelah jelas sebuah perjuangan itu benar,

Segeralah penuhi agenda perjuangan dengan rukun-rukunnya,

Buatlah apa temampu oleh kita,

Janganlah gusar orang lain nak kata apa,

Kerana jika kita mengalah tak bererti kita kalah,

Undur setapak untuk menyusun strategi untuk maju 2 tapak,

Itu lebih baik daripada memilih jalan salah, 

Atau takut dan lari dari medan perjuangan,

Orang tua kata biar kita bijaksana,

Biar kita seorang mereka 1000 pun,

Kita minoriti, mereka majoriti,

Yang ramai tak tentu betul juga,

Yang betul selalunya sedikit saja,

Kita bebas memilih dalam kehidupan ini,

Buat boleh, tak buat pun boleh,

Di sana akhirat nanti kita menuai hasilnya, 

Bukankah syurga itu luas tapi yang layak cuma sedikit daripada kita?

Fikirkanlah ia. 

6 comments:

  1. bumi sempit, syurga luas
    buat jahat seronok, buat baik sukar
    yang bathil banyak, yang haq sikit
    dunia sekejap, akhirat kekal
    kafir biasa, Islam janggal
    takut lari, berani berjuang
    sesat ramai, syahid sikit

    mereka: rasa tiada apa-apa...
    kita: rasa takut murka Allah,harap keredhoannya...

    -puisi cpj- kahkahkah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih cpj atas respon puitis tu...tu ler level iman & taqwa kita patutnya... kita kena ada sifat-2 takut padaNya (qaof?), mengharap (raja'?), dll...atas setiap niat& perbuatan kita... maknanya,kita nilai/hisab kita diri dulu..betul ker tak, adil ker camna? bijak ker tak? untung ker rugi (dunia & akhirat) ..DLL.

    ReplyDelete
  3. salute ku untuk yang berani!!! caya lah!!!

    ReplyDelete
  4. a ah respek kpd yg berani b'demo tu dlm negara polis nih... kesian juga pasal diorang terpaksa menanggung mcm-mcm seksa, susah, denda selepas b'susah payah pegi demo tu... lagi ada media mau kata diorang diupah? hehe

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah.

    Tahniah Hanz. Setidak-tidaknya menyatakan pendirian dengan kehadiran.

    Berbaktilah, berjuanglah sementara ada peluang dan diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  6. terima kasih datang & komen Pak Din...hanz hanya menyatakan yang kebenaran kdg-kdg tersembunyi atau disembunyikan..malah ia ada pada sesiapa jua...ada pada mana-2 parti atau pertubuhan...kita tak selalu betul/benar...pilihlah kebenaran krn ia jln menuju ke syurga Dia s.w.t...Saya rasa perlu ada kawan mahu sahabat yg sudi tegur saya kalau tersilap langkah/kata..harapan saya agar Pak Din sudilah kiranya membantah atau menegur saya bila-2 waktu.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!