08 November 2009

Kapten pun boleh ditukar/dibuang



Ini berita sukan yang baharu diperoleh. Semalam di sebuah bilik di dalam taman permainan (politik) telah berlaku sebuah dialog untuk mengenalpasti kelemahan pasukan P. Ramai diminta hadir untuk memberi pandangan, memenuhi ruang dan perut sambil tidur-tidur ayam, yang juga menyaksikan kehadiran Manager El-Haj Ajiz yang sebelum ini lantang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap prestasi permainan pemain-pemain pasukan Pnya. Ini termasuk Kapten pasukan El-Haj Adie, Stopper Aly, Wh-inger Assan dan Naib Kapten iaitu Nash UG.
Sejak kemenangan yang tidak disangka-sangka oleh jutaan penyokong pasukan "The Full Moon" yang seolah-olah menjuarai "World Cup" tahun 2008, ramai pemain telah mula memperlihatkan aksi hambar, hampas dan hancur.
Kapten pasukan, El-Haj Adie yang dikritik hebat oleh ribuan penyokongnya bukan kerana sikapnya yang lemah gemalai, sopan santun tetapi kerana beliau semakin hilang tenaga dan lemah memimpin pasukan sehingga tidak beraksi baik di ranjang di medan permainan. Akibatnya pasukan P teruk diasak dari kiri kanan, atas bawah, depan belakang sehingga memaksa Manager pasukan, El-Haj Ajiz meminta "time-out" untuk mencari resolusi demi membugarkan semula pasukan supaya disokong ramai.

El-Haj Adie ditemuramah selepas puas beliau tidur semasa dialog taktikal tersebut, dengan penuh yakin berkata,
"Kita mesti berjiwa besar. Walaupun ada teguran keras, suruh pecat kapten. Tetapi dalam sebuah perlawanan, kita belum habis masa bermain. Sebagai pemain profesional (?), kita tidak boleh pecat kapten di tengah-tengah permainan."
Baginya ribuan kutukan, ejekan di luar medan permainan tidak akan menggoyahkankan kedudukannya sebagai kapten pasukan. Teguran tanpa kajian terperinci walaupun daripada tokoh akademik yang dihormati ilmu adalah sebagai lumrah adat permainan sahaja. Tiada apa yang penting sangat. Mungkin beliau tidak sedar diri sehingga terlupa peraturan bahawa Manager boleh menukar strategi permainan dengan menukarkan pemain-pemainnya. Manager juga perlu prihatin terhadap keluhan dan kerisauan ribuan peminat dan penyokong tentang perspektif umum kepada pasukan P. Merekalah yang bersusah payah berjuang dalam menang sorak. Atau mungkin satu hari beliau akan dibuang padang oleh kerana keangkuhan beliau memperbaiki mutu permainannya sehingga kesilapannya yang menyusahkan pasukan dan mengecewakan jutaan sokongan dari kelab penyokong pasukan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

2 comments:

  1. Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai.Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga.Kalau kaki tu kaki bangku, macamana nak main bola.Nak jadi Kapten kena ada topi besi, mana boleh pakai ketayap jer beb.Katanya Lantik Kapten dengan baik, Kalau nak Pecat Kapten pun biarlah berhemah, ibarat tarik benang dalam tepung...benang tak putus, tepung tak rosak.Tapi nampaknya hemah dan tak boleh dipakai sebab semuanya dah jadi ham(p)eh!...

    ReplyDelete
  2. dulu ada ler aku cube tarik benang/rambut dalam tepung gandum elok-elok...rambut sapa entah? hehe...tepung pulak ciput tu ler nak buat cekodok, nak makan petang...jadi kena buat elok-2 jangan sampai berselerak/tumpah.

    Sekarang...peduli ler rambut ker benang ker batu ker aku tarik/buang secepat mungkin tanpa lengah lagi. Kalau takleh gak tarik elok aku buang aje tepung tu sebab dah tercemar...kena kat orang meniaga kuih/roti canai kes camtu, depa kena pentingkan kesihatan pelanggan, takut lak keracunan, perut sakit...lagipun hati aku pun senang ...hehe

    p/s: aku paham dah maksud cpj tu.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!