Aku sudah bosan dengan cerita dunia politik negara & isu-isu kontroversi sejak tahun baharu 2010. Malas layan. Pi mai pi mai tang tu, juga. Semua tu tak penting dalam hidup aku. Walau Sultan Johor mangkat pun aku tak sedih. Biarlah. RIP. Baik aku layan berita sukan saja. Oh, ada juga cerita berelemen epik, kontradiksi, melucukan, memualkan, dsb.
Antaranya:
1) Malaysia bida tuan rumah Sukan Asia 2019 ???
Malaysia telah mengemukakan bidaan menganjurkan Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) 2013 dan Sukan Asia 2019 kepada Majlis Olimpik Asia (OCA), November lalu, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Sieh Kok Chi. Beliau berkata, bagi Kongres IOC 2013, OCM akan membuat pembentangan semasa sesi IOC di Vancouver, Kanada pada 10 Februari ini sebelum 115 anggota IOC mengundi.
"Selain Malaysia, Argentina juga membuat bidaan untuk menjadi hos kongres itu. Tapi ia adalah lebih signifikan kepada Malaysia jika kita diberi peluang bagi menjadi hos kongres, ia akan mengukuhkan bidaan Kuala Lumpur bagi menjadi hos Sukan Asia," ujarnya.
Idea yang bagus tapi aku suka Malaysia melobi jadi hos World Cup 2018 atau 2022 nanti. Lagi bagus & menarik.
2) Skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) dalam dilema
Mesyuarat Exco FAM akan putuskan cadangan skuad pemain skuad Harimau Muda A menyertai Liga Super. Selepas 'diusir' dari negara sendiri, kehadiran mereka pula tidak dialu-alukan di bumi luar, berikutan keputusan Liga Singapura untuk menolak penyertaan mereka musim ini. Sungguhpun nasib mereka belum diputuskan lagi, keputusan untuk membubarkan pasukan itu yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu dilihat alternatif terbaik (??) untuk FAM selepas musim liga domestik yang sudah bermula.
Gila apa orang atasan FAM? Perancangan tak teliti langsung. Cincai saja. Kelam kabut. Mana Malaysia hendak cepat maju dalam persaingan antaranbangsa apabila program perkembangan bakat & kesinambungan potensi & kemahiran mereka sentiasa ada gangguan & terjejas. FAM dah kena reformasi & transformasi kepimpinan, nampaknya. ASAP!
3) Sultan Ahmad Shah menafikan kemasukan skuad Pahang 'Tok Gajah' dalam saingan Liga Super 2010 adalah disebabkan kedudukan baginda dalam FAM.
Sebaliknya, baginda menjelaskan, keputusan untuk memasukkan Pahang dalam kancah saingan Liga Super dibuat berdasarkan kedudukan pasukan itu yang teratas dalam kumpulannya (??) selain mendapat persetujuan Ahli Jawatankuasa badan induk bola sepak itu (Sapa pula berani tak setuju/ bantah Sultan?).
“Ada dalam tulisan (akhbar) saya tak tahu mana, macam saya berusaha, beria-ia nakkan Pahang (dimasukkan dalam Liga Super). Bukan saya, (sebaliknya) kerana Pahang (berkedudukan) teratas dalam kumpulan dia. Sebab itu Pahang dibawa masuk. Itu dengan persetujuan Ahli Majlis,” titah baginda lagi.Kedudukan teratas? Liga apa Pahang no. 1? EPL kot? La Liga? Oh! mungkin maksudnya Pahang tu sama macam Mesir dalam saingan peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Afrika, Kumpulan C, kelmarin. Mesir (baca: Pahang..hehe) sudah menempah tiket ke saingan suku akhir dengan mengekalkan rekod bersih permainan. Mesir (baca: Pahang) kini selesa dengan sembilan mata di tempat teratas dengan kelebihan tiga mata mengatasi Nigeria.
Mengenai kedudukan skuad bola sepak Bawah 23 supaya dikekalkan, Sultan Ahmad Shah yang bangga dengan pencapaian pasukan negara itu memenangi pingat emas pada Sukan SEA Laos lalu, bertitah, baginda tidak dapat mendedahkannya kerana menganggap:
‘‘Itu rahsia saya dan rakan-rakan saya dalam FAM. “Saya bangga kerana buat kali pertama selepas 20 tahun (kita menang emas) (???). Sebab itu saya selalu kata jangan anggap pasukan negara itu tidak mampu dapat kejayaan cemerlang.”
Not long ago football was a national shame. Malaysia’s football woes continue to become worse until recently 1 lucky win (winning the Laos SEA Games). That too did not change much to my liking. I still remember the time when Malaysian football was in a much better shape in the 80s. Of course we didn’t make it to the World Cup even then, but nevertheless Malaysia was a force to be reckoned with in ASEAN and Asia in general. But even during those times, our World Cup qualifying dreams are often shattered by South Korea; one of the most consistent World Cup qualifiers in Asia. It’s also more shameful that the person at the top of the FAM, Sultan Ahmad Shah, refuses to step down and let more qualified professionals take charge of the Association. Apparently he would not thinking of resigning as he's the life-president of FAM. That would sure be a cowardly move. He had more than 23 years at the helm and during that time everything else had been changed; players, coaches (both foreign and local coaches had been given the opportunity), lower peons in the FAM, and so on. The only thing that didn’t change is the person at the top. I think Sultan Ahmad Shah only needs to look in a mirror to see one of the major reasons why Malaysian football is in the dumps. This nation needs a proven, seasoned, and experienced professional to lead the FAM. Getting someone who had actually played football profesionally would be helpful. Is this too much to ask?
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!