15 January 2010

Alkisah Shabery & FAM ... 1 lagi reformasi diperlukan


Setelah berjaya menumbangkan kuasa besar bolasepak Asean seperti Thailand, Laos (ha ha ha) & Vietnam,  hasil kombinasi merit dan nasib baik (tidak sengaja ), kini Menteri KBS & FAM mula  sibuk mempromosi idea beliau. Kini beliau tidak ubah seperti bermimpi di siang hari. Pemimpin atasan seperti lazim, agar terlihat pandai (smart looking) & berwawasan jauh (konon), sudah lancang mencadangkan beberapa langkah untuk membina (semula) skuad bolasepak kebangsaan (senior team) supaya lebih dihormati & digeruni lawan. Sasaran kini ditetapkan barisan skuad yang memenangi pingat emas SEA Games di Laos pada tahun 2009 dikekalkan & dimantapkan dengan program-program yang difikirkan (atau ia hanya syok sendiri oleh 2, 3 kerat pemimpin atasan sebenarnya). Idea yang disarankan oleh Shabery, walaupun dibantah secara kiasan, sinis & halus oleh beberapa jurulatih tempatan, ialah untuk menghantar & menempatkan kesemua pemain harapan negara berlatih & bermain bersama pasukan kelab terkemuka di liga England (yeah, you read it  right, that's the EPL, Championship etc). Jelas, ini adalah bukti bahawa negara & FAM dipimpin oleh , jika tidak semua pun, banyak pemimpin yang besar kepala lagi bodoh sombong.

Agak-agaklah berangan pun Shabery & FAM. Cadangan itu akan hanya membazirkan duit rakyat untuk Shabery dapat 'jalan-jalan makan angin' di benua Eropah khasnya Great Britain, demi tugasan negara, kononnya meninjau & merisik kelab England & Eropah. Kelab mana yang yang sudi memetik 'bunga' (pemain negara) yang masih kekurangan serba-serbi sebagai pemain (average player). Division 3 pun sudah cukup mencabar fizikal & mental pemain kita. EPL? Jika terpilih pun,  umum mengetahui bahawa pemain kita akan hanya berlatih, berlatih, berlatih saja. Ini tidak efektif untuk masa hadapan negara kerana ini tidak akan memperkembangkan potensi, bakat & kemahiran barisan harapan negara. Pengalaman beraksi dalam aksi sebenar (actual match) adalah sangat berbeza dengan permainan latihan mahupun beraksi di liga simpanan (reserve squad's league) mereka. Latihan untuk tempoh masa yang singkat saja lebih memburukkan keadaan & membantutkan perkembangan pemain. Latihan & penyertaan pemain dalam aksi liga kompetatif kelab-kelab England & Eropah ini hendaklah untuk tempoh 3 hingga 5 tahun, sekurang-kurangnya. Setelah itu, barulah kita dapat menilai kemajuan yang optimum daripada para pemain status 'elit' ini.
   
Janganlah memperbodohkan rakyat (selain jika rakyat itu sememangnya bodoh & 'pak turut') dengan idea karut & 'day dreaming' ini. Bukankah sebelum ini kita sudah menghantar beberapa (tak ramai pun) pemain berbakat seperti Akmal Rizal, Fadly Shaari berlatih dengan kelab utama & simpanan di Eropah? Hasil tak seberapa tapi hanya gah pada nama (idea) itu saja. Rugi masa & RM saja. Bila pasukan negara kalah, pemimpin FAM senang-senang saja menyalahkan pemain & jurulatih skuad negara. Apabila keadaan begitu kritikal & memalukan negara sekalipun, mereka ini tidak pernah berasa malu & mahu bertanggungjawab dengan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pelapis pemimpin lain yang lebih berpotensi & beramanah.

Idea yang pragmatik & realistik adalah dialu-alukan, diutamakan. Idea gila & bangang seperti berangan-angan menempatkan semua barisan pemain berpotensi negara di liga yang sangat asing kepada semua pemain kebangsaan hanya akan memebuang masa, tenaga, RM negara. Ia juga menunjukkan sikap buruk pemimpin yang sebenarnya bodoh sombong kerana tidak mendengar teguran & kritikan orang ramai, jurulatih & bekas pemain negara.  Pemimpin  jenis ini tidak pernah kenal erti jemu, sentiasa berusaha mengkikiskan duit rakyat (dari peruntukan kerajaan) sebanyak mungkin untuk kepentingan mereka sendiri dengan idea 'syok sendiri' mereka. Insaflah & bertaubatlah segera. Dahulukan pendekatan yang lebih praktikal dengan mengadakan sebanyak mungkin 'international friendlies' yang berkualiti (grade A) yang diiktiraf FIFA, sekerap mungkin, sebulan sekali mungkin. Ini sejajar dengan latihan bulanan selama seminggu yang (khabarnya) dijadualkan oleh FAM untuk skuad pelapis. Ini sudah cukup baik untuk mengukuhkan kecergasan, persefahaman, taktikal barisan pemain negara kita. Lakukan langkah ini untuk tempoh yang lebih lama seperti 2 tahun hingga 4 tahun kita pasti akan memetik hasil yang lebih baik di peringkat Asia pula.

p/s: O' God! Save the country & its people from those bigots. Ameen!!

4 comments:

  1. Sedih dan malangnya, orang kita kebanyakaan macam tu.Kalau orang tua-tua kita dulu, hanya bersenjatakan kapak dan parang meneroka hutan kemudian membuka ladang kelapa, getah, bendang dan dusun buah-buahan atas niat untuk kehidupan kini dan masa akan datang.Kalau di tanya, oh, itu untuk anak cucu nanti.Tapi apa berlaku kini, dengan segala alat kemudahan yang canggih anak bangsa tak mampu mengerjakan tanah yang telah lapang, lantaran nak duit cepat, nak mewah dan enjoy cepat, serah tanah kat bangsa asing buat projek.Akhirnya yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran.Semua bahana orang yang diberi kuasa tak cukup ilmu dan nak dapat hasil cepat supaya dapat nama dan kemegahan.Buat kerja biarlah ada perancangan yang jitu, gunakan ilmu dan kepakaran yang ada, biarlah untuk jangka pendek dan jangka masa panjang, biarlah ikhlas untuk negara, bukan untuk diri sendiri!...hampeh!...

    ReplyDelete
  2. ya kita kena ikhlas menegur...berkerja untuk apa jua profesyen & dlm segala apa sudut kehidupan...bila dia ikhlas pasti dia cermat merancang & bertindak (fikir pjg, bijak) & cuba sedaya upaya (gigih, istiqamah, mujahadah) menjayakan sasaran dia. Baru nampak hasilnya dr hari ke hari. atau 1 tempoh ke tempoh lain...ada kesinambungan. Jika pun gagal, kita tahu ia bukan hampeh, hancus, haprak (kerana idea tu memang gila, dijangka akan gagal pada awal lagi, usaha tak cukup, etc) cuma lagi ada kelemahan kita yg perlu diperbaiki dr masa ke semasa.

    ReplyDelete
  3. salam jengah blog...
    ada juga komen pasal idea bodoh ni...
    www.tekongdarat.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ok tekong darat.. terima kasih menjengah. Komenlah apa-2 pun.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!