07 February 2010

Do What We Love & Cherish For Better Life.


 
Click for Mariah Carey
Setiap kejadian dalam hidup kita ada hikmah daripada Allah, Maha Pencipta. Sesungguhnya, kita sebagai manusia & ditakdirkan pula menganut Islam sebagai kepercayaan hidup kita, seharusnyalah mempunyai matlamat hidup (wawasan), merancang dengan sebaik mungkin hala tuju hidup kita & berusaha untuk mencapai 'kejayaan' dalam kehidupan yang sementara di dunia ini. Begitupun ada sahaja dugaan, rintangan & cabaran yang merencatkan perjalanan matlamat kita dari masa ke semasa. Selalunya juga kita menghadapi kegagalan. Ada kala kita mampu terus bangkit menyambung cita-cita. Ada yang terus tersungkur, rebah & kalah. Ada pula masih terkial-kial, mencari-cari dalam membina semula.

Pasti ada hikmah untuk masa hadapan kita selagi kita mahu memikirkan & merencana kehidupan kita. Malangnya kita tidak mampu memikirkan apa sebenarnya natijah daripada setiap sesuatu kejadian terutamanya peristiwa atau episod kegagalan atau kekecewaan dalam hidup kita. Jikanya kita tidak mampu mengenalpasti natijahnya pada ketika itu, mungkin tidak mengapa. Kerana mungkin kita sedang diselubung perasaan yang tidak tenang untuk mengerti & menerima hakikat ketentuan (takdir) sebegitu. Sebenarnya kita lebih mudah memahami mengapa ia terjadi sekiranya kita selepas itu ditakdirkan berada di puncak kejayaan. Maka segalanya seperti semalam baru berlaku walaupun ia mungkin sudah menjangkau 10 tahun lalu. Sebenarnya setiap kegagalan adalah juga titik  penyambung kehidupan untuk kita berpeluang lebih berjaya pada masa hadapan kita. 
 Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something - your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.
 - Steve Jobs, CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios

Dalam hidup ini kita semua perlu LOVE dalam apa jua kita lakukan, baik sebelum, semasa atau selepas ia terjadi. Contoh, kita perlu LOVE dalam bentuk minat, dorongan sebelum memulakan sesuatu perkara seperti berkerja, belajar & lain-lain. Justeru, LOVE ini boleh hadir dalam banyak bentuk seperti: minat, sokongan, dorongan, semangat, ilmu, pengalaman, kepercayaan, kesetiaan dan sebagainya. Tanpanya apalah erti hidup? Kosong? Seperti tiada apa maknanya lagi. Kecewa. Kalah. Mati?

p/s: Without LOVE we're nothing, lost, devastated, low key, dead or living dead. So keep the faith (love to live, follow your heart with positive thinking, know the ropes), be strong, be wise only then  something magic soon to happen or gradully  we can make it (to gain more successes in life). Ameen !


3 comments:

  1. lahirnya kita 'kerana' LOVE, hidup 'bersama' LOVE dan matinya kita juga biarlah 'untuk' LOVE."Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan mati hanyalah kerana-MU Tuhan seru sekalian alam"

    ReplyDelete
  2. :X
    L-Life is great
    O-Only if it's blessed
    V-Verily the greatest love is
    E-Eternally for ilahi rabbi Allah...

    :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu cpj...semua kerana mencari KasihNya, cinta yg paling agung. Sedang cinta kasih sesama manusia dibenarkan, tidaklah ia setara cinta kpdNya, hendaknya.

    kak maymot, no sweat.. It must have been LOVE, all over our lives!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!