1st, "Ribuan Maaf" didahulukan kepada rakyat (?). Bukan apa, entri kali ni guna bahasa rojak, slanga & illicit yet explicit. Again, forgive me for being so.
Makan ada bagai-bagai, yo brader! Orang biasa paham makan yang masuk ikut mulut. Tapi orang nak cerita makan cara lain lah. Ni makan ada masuk ada keluar. Sedap? Yo, man! Kalau tak sedap lu kerat saja lah lu punya barang. Sis pun tau apa cerita gua nak bawak ni, kan? Good!
Makan biasa pun 'best' tapi makan luar kawan orang kata lagi lah 'best'. Like being in seventh heaven? Kawan ada cerita makan luar ni bukan laki saja suka, pompuan pun sama naik. Naik? Hmm ada kena mengena 'naik' juga lah. Nanti orang cerita lah. 'Naik' bermakna pompuan pun sama suka kes ni. Wohaa! Am i bluffing? No. Serius ma.
'Makan luar' kurang-kurang pun ada dua (2) makna. 1, makan luar yang bila kita ada senang, ada masa, ada budget, ada couple, hah! apa lagi makan luar lah. Pergi lah sama kapel, hotel ker, resort ker untuk menikmati 'the lovely moment'. Gerenti sedap lah. Makan luar ni, tinggal tunjuk saja mana nak. Tak pun, senduk/scoop saja lah mana nak makan, buh dalam pinggan sendiri. Nak lebih romantik, kongsi 1 pinggan. Wow!
We're getting to the best part. Ok, 'makan luar' makna ke-2: Main kayu 3. Weh! Bukan main konda-kondi, apa punya toing toing. Ni pasal curang. Tak kira lah, kapel tu BF-GF atau suami-isteri. Biasanya, dah ada steady Boyfriend tu orang zaman sekarang kira dah macam laki dia lah. Get what i mean? alaa, buat-buat paham sudah lah. Hehe. Serupa lah kalau laki tu dah ada steady Girlfriend, kira-kira bukan aweks lagi lah, pasal aweks kena go through shortlist lagi, tapi ni dah calon bini yang dikenalpasti. Bakal isteri.
Tapi kerana hebatnya godaan makan luar ni maka ada eksiden lah di mana-mana tempat tu. Terbabas di katil lah bersama aweks lain atau bohjan mana entah. Curang? Presicely. Bila dah naik berahi susah mau kawal lah. Suami isteri pun ada kes makan luar ni. Apa lu ingat senang-senang nak makan luar pun? Susah jugak. Tapi sebab 'its temptation is irresistible' maka sudah naik syok lah. Tak kira agama, masa, tempat sudah. langgar semacam saja. Janji puas. Tapi tak juga puas. 'Puas' is not really the word. Apa entah? Gatal? Jalang? Mengeleya? Suit yourself.
Ada suami cari pelacur, bohsia ker, Mak Jan ker, 'call girl' ker, pasang pompuan lain (pompuan simpanan) ker, tu biasa lah kita dengar. Tapi kalau 'telaga cari timba' apa kes, brader? Tu gua nak tanya sapa yang paham kes cenggini? Selalunya Mak Datin lah. Mak Datin Muda cari gigolo mesti lah bini nombor 2 atau 3 atau 4 (itu pun kalau kawin sah lah) Dato' mana entah. Gua ingat Dato' Tua tua keladi lah kot. Dia nak pakai buang tak boleh, maka dia kawin cara sah. Tapi dia dah biasa 'makan luar' atau baik sangkanya dia sibuk 'outstation' ke overseas kot, maka terkontang-konting lah Mak Datin tu. Siot. Sebab Mak Datin tak puas bersama & dia ada baik punya sosial, maka banyak lubang mau cari 'part-time lover' dia. Duit banyak siot, apa kisah. Janji servis baik. Gua nak saja taruh sini lokasi yang dikenalpasti....tapi on 2nd thought, baik tak payah lah. Kang ada pulak anxious to try... Gua jugak dapat saham...Tidakkkk. Eh! Bukan jugak kes gua mau makan sorang, brader! Lillah mana ada makan luar ni...Dosa besar, siot lah lu. Cut! Cerita lain.
Isteri orang payah sikit nak makan luar. Kalau tak puas sebab barang lakinya tak keras & tahan lama, tu tak ada masalah dah. Banyak ubat mampu selesaikan masalah tu. Kot isteri dia ni kuat sangat tu boleh jadi lah. Tapi makan luar tak mungkin sebab kes abangnya gila seks. Selalunya punca isteri makan luar ni bila si isteri masih ada syok ex-BF dia dulu yang dia tak pernah boleh lupakan tu, tambahan pulak pernah merasa nikmat XXX tu dulu dulu masa baik punya cinta, taim kapel tu, so by chance, dia jumpa semula x-BF dia, rumahtangga dia pun dah hampeh taim tu tambah lagi iman dah sedia lemah maka ada chance makan luar terjadi. 'One night stand' pun jadi lah. Atau mungkin ada ulang tayang. Kes isteri terlampau bila dia minat lesbian pun dah makin banyak kat Malaysia. Nauzubillah.
Moral of the story: Makan luar ni eloklah dielakkan demi poket & keharmonian rumahtangga. Hehe...Makan luar sesaja, mana tahan brader, rabak lah poket gua. lain lah gua jutawan. InsyaAllah makan luar cenggitu no problem lah. Makan luar yang makna berlaku curang tu, lagi merosakkan rumahtangga. Kot terlintas pun niat atau peluang depan mata, lupakan saja lah. Ingat azab Allah, ingat penjara, ingat muka anak bini. InsyaAllah terhindar. Doa lah pelindungan-Nya.
Moral of the story: Makan luar ni eloklah dielakkan demi poket & keharmonian rumahtangga. Hehe...Makan luar sesaja, mana tahan brader, rabak lah poket gua. lain lah gua jutawan. InsyaAllah makan luar cenggitu no problem lah. Makan luar yang makna berlaku curang tu, lagi merosakkan rumahtangga. Kot terlintas pun niat atau peluang depan mata, lupakan saja lah. Ingat azab Allah, ingat penjara, ingat muka anak bini. InsyaAllah terhindar. Doa lah pelindungan-Nya.
Hal 'makan dalam' ni pun 'best' jugak. Tapi lain kali lah gua cerita. Dah lewat malam dah ni. Gua ingat gua nak makan dulu lah. Hehe...So long. Good Night!
goyard outlet
ReplyDeleteyeezy
yeezy 700
off white
off white hoodie outlet