25 February 2010

Selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah Muhammad صلى الله عليه وسلم



 

Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud:  
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad صلى الله عليه وسلم); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Daripada sebuah hadis, Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah ditanya oleh sahabat, Bashir bin Sa’ad:  

Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: ” Ya Allah selawatlah atas Muhammad صلى الله عليه وسلم  dan keluarga Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

 Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:

" Sesiapa yang berselawat ke atasku ( محمد صلى الله عليه وسلم) sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


2 comments:

  1. Mudah-mudahan dengan selalu berselawat kepada Nabi S.A.W, akan menimbulkan rasa cinta yang mendalam kepada beliau, natijahnya kita akan berusaha menghidupkan sunnahnya dalam diri dan keluarga kita.Islam itu adalah akhlak Rasulullah S.A.W.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!