Imam Al-Ghazali rah.a. di dalam kitabnya ‘Ihya’ Ulumuddin’ telah berkata :
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana
ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di
siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari
untuk solat zohor.”
Dari Anas r.a. dikatakan bahwa Ummu Sulaim menghampar tikar [dari kulit]
untuk Nabi saw., kemudian beliau tidur [siang] di atasnya. Anas
r.a. berkata: “Ketika Nabi s.a.w. tidur, Ummu Sulaim mengambil keringat dan
rambut beliau, lalu mengumpulkannya dalam suatu bejana, kemudian
menghimpunkannya ke dalam wangian.” (HR Bukhari dan Muslim)
Kajian saintifik dari warga Barat (what? unislamic? haha..)
Pemeriksaan ke atas aktiviti elektrik otak (brain electrical activity) menyatakan proses berkenaan kemungkinan besar berlaku semasa fasa tidur mereka iaitu di antara 'tidur lena' dan 'mengantuk' (dreaming sleep'), yang dipanggil "stage 2 non-rapid eye movement sleep", di mana memori berasaskan fakta (fact-based memories) akan beralih dari 'simpanan sementara' (temporary storage) di dalam bahagian 'hippocampus' otak kepada bahagian lain iaitu 'pre-frontal cortex'.
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J.
Broughton di dalam buku mereka, "Sleep and Alertness: Chronobiological,
Behavioural and Medical Aspects of Napping.". Sementara itu, Dr. James Maas, pakar tidur
dari Universiti Cornell juga telah merumuskan bahawa tidur pada waktu
tengah hari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald
Greeley, telah mengatakan bahawa tidur pada waktu tengah hari adalah bermanfaat
selama mana ianya tidak melebihi satu jam (Rujuk: Gail Benchang: ‘Parents and
Sleep Deprivation,’ Family.com).
Amalan tidur tengah hari yang
ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya merupakan suatu yang amat relevan dalam kehidupan manusia dan ini disokong oleh penemuan dan kajian saintifik dari masa ke semasa. Justeru, marilah kita memperkasakan 1 sunnah demi 1 sunnah dari masa ke semasa dalam hidup kita sebagai umat baginda s.a.w., insyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!