19 June 2010

Imam-imam Mazhab al-Syafi’i juga Mengharamkan Majlis Kenduri Arwah










Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi s.a.w. bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:
كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ
            "Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)."

Berdasarkan hadis ini ulama Hanafiyyah berkata :
“Makruh menyediakan makanan pada hari pertama, kedua ketiga dan selepas seminggu (dari kematian)
(Lihat Hasyiah Ibnu Abidin Jld 2 MS 240)


Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan lain-lain meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda (ketika kematian Ja’far):
اصْنَعُوا لِأَلِ جَعْفَرَ طَعاماً فَقَدْ جاءَهُم ما يُشْغِلُهُم
“ Sediakanlah makanan kepada keluarga Ja’far , sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yg menyibukkan mereka (musibah)."

Hadis di atas ini dihukum "Hasan" oleh At-Tirmizi dan "Sohih" menurut Hakim. Inilah pandangan jumhur ahli feqh termasuk ulama’-ulama dalam mazhab empat. Maka tiada keperluan mengadakan sendiri (oleh keluarga si mati) kenduri atau jamuan makan minum untuk tetamu jauh dan dekat. Justeru, jika perlu pun sajian perlu diadakan ianya ditanggung oleh jiran-jiran yang berkemampuan menyediakannya, melainkan ia hanya adat kelaziman masyarakat Melayu-Islam sahaja.


Para ulama mazhab al-Syafi’i lain juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Umpamanya, tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”
 (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)


Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka:
“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.


Tambah mereka lagi:
Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”
(Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).


Sebilangan imam-imam terdahulu yang berfahaman mazhab al-Syafi’i dari Nusantara yang tidak bersetuju dengan majlis adat seperti kenduri arwah (jamuan makan minum selepas majlis adat - bacaan tahlil). Perkara bidaah dalam agama begitu pernah ditulis dalam kitab-kitab Melayu Jawi lama seperti Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) di mana beliau sendiri pernah menyebut:

“(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34)

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya, Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut:
“Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130)


Sesetengah ulamak dan golongan ustaz dan ustazah juga punca masalah bidaah terus menular dalam masyarakat kita. Mereka tidak dapat mempertahankan pegangan mereka maka sewenang-wenangnya menuduh atau melabelkan sesetengah golongan atau individu sebagai 'wahhabi'. Jika pun mereka ini tidak dapat menerima pandangan orang-orang (imam-imam fahaman mazhab al-Syafi’i ) yang merupakan imam yang muktabar sebelum mereka, mengapa golongan agama zaman ini pula merasa diri mereka "infallible" (tiada bersalahan) dan mudah mengharamkan orang lain berbeza pandangan atau ijtihad dengan mereka. Tambahan dengan rakus menggunakan senjata atau pertuduhan "awak wahhabi, orang itu wahhabi"?.


Dr al-Qaradawi pernah menyanggah golongan yang taksub (rigid) sedemikian dengan berkata :

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

2 comments:

  1. ผลบอลแมนยู ผลบอลพรีเมียร์ลีก พรีเมียร์ลีกวันนนี้ พนันพรีเมียร์ลีก เช็คผลบอล
    ถูกเป็นล้านจ่ายเป็นล้าน!


    ฤดูบอลพรีเมียร์ลีกมาถึงนับว่าเป็นที่รอของคอบอลหลายๆท่านที่กำลังจะได้พนันบอลออนไลน์กับเว็บไซต์บอลออนไลน์ต่างๆเพื่อเพิ่มประสบการณ์สำหรับในการ พนันบอล หลายๆท่านคงจะระลึกถึงความเพลิดเพลิน ตื่นเต้น ระหว่างเกม เป็นหลัก แม้กระนั้นเพื่อเพิ่มความเร้าอารมณ์ ให้กลุ่มโปรดของคุณขึ้นก็จะต้องมีพนันกันบ้าง แล้วหากคิดจะไป พนันบอล ตรงไหนดี จำเป็นต้องนึกถึงเว็บไซต์ ufa98bet เพียงแค่นั้นเลย อีกทั้งค่าคอม ค่าน้ำประปา ดีสุดกว่าหลายๆเว็บไซต์ในเวลานี้ผู้ที่เค พนันบอล อยู่แล้วยังสารภาพรวมทั้ง มาพนันบอลที่เว็บไซต์พวกเราด้วยเหตุว่า พนันบอลสเต็ปอย่างน้อย 10 บาท เกือบจะเรียกว่าพนันบอลไม่มีอย่างน้อยได้เลย ทั้งยังยังมีค่าทดแทนในเรื่องโปรโมชั่นใหม่ๆที่จัดหนักจัดเต็มกันแบบไม่ขาดระยะเลยก็ว่าได้


    พอใจติดต่อมาและสอบถามรายละเอียดเพิ่มเติมถึงที่เหมาะไลน์แอด ID: @ufa98v2

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!