Pemimpin negara adalah orang-orang besar,
Bangsawan, kerabat, elit, si kaya raya, hartawan, pengusaha korporat,
Terkini politikus yang keparat,
Duduknya mereka di atas singgahsana,
Tinggal pula di istana di atas bukit-bukit,
Status dan imej mereka jelas terlihat oleh umum,
Harta mereka ada di sana sini banyak dan bertimbun,
Nasib mereka baik daripada rakyat mereka,
Tak mengapalah sudah takdirNya,
Harta mereka ada di sana sini banyak dan bertimbun,
Nasib mereka baik daripada rakyat mereka,
Tak mengapalah sudah takdirNya,
Senangnya mereka pastilah didengki ramai rakyat jelata,
Begitu pun susahnya orang senang tak serupa susahnya orang sedia susah,
Susahnya rakyat siapa yang mahu tahu?
Sudah tahu apa pula dibuat mereka?
Atau dibiarkan berlalu bersama waktu.
Si bangsawan si elit duduknya mereka di istana,
Feudalis silih berganti pucuk pimpinan setiap lima tahun,
Sistem yang menguntung mereka sahaja,
Ditanggung belanja sepenuhnya oleh wang kerajaan,
Dari khazanah negara,
Hampir segala kemahuan mereka dituruti sahaja,
Cakap sahaja mahu apa,
Kelulusan kewangan dari pemerintah durjana,
Tiada perlu dibahas untuk makluman wakil rakyat di Parlimen,
Hanya dibawa ke mesyuarat sesama mereka,
Berapa banyak sudah terbina istana mereka,
Di sana sini rumah mereka, harta mereka,
Berjuta RM wang rakyat telah dihabiskan,
Kini dibina lagi sebuah istana baharu di Jalan Duta,
Ratusan juta RM harganya,
Wang siapa lagi kalau bukan wangnya rakyat,
Satu sen tak keluar dari poket emak bapa mereka,
Semua duit kerajaan rakyat ini,
Duit simpanan negara, khazanah negara,
Semua dipertanggungjawab sebagai amanah,
Semua dipertanggungjawab sebagai amanah,
Kepada pemerintah, pemimpin kepada semua & setiap warga.
Kita bayar mereka belanja,
Oh sakanlah mereka,
Duit aku, kamu & kamu,
Duit emak bapa aku, engkau & engkau yang bayar segala cukai negara,
Oh sakanlah mereka,
Duit aku, kamu & kamu,
Duit emak bapa aku, engkau & engkau yang bayar segala cukai negara,
Sedang rakyat masih ramai bergelut,
Sehari suntuk memerah keringat mencari rezeki,
Ada pula kurang pendapatan lantaran tiada pekerjaan tetap,
Retorik pemerintah ekonomi negara sentiasa menyediakan peluang hidup,
Sedangkan realitinya ramai warga lagi melarat merana,
Namun mereka tabah & terus berusaha sendiri,
Namun mereka tabah & terus berusaha sendiri,
Siapa bangsat & celaka?
Rakyat yang bersusah payah berusaha namun kurang bernasib baik?
Atau sang bangsawan yang ketawa gembira di istana?Rakyat yang bersusah payah berusaha namun kurang bernasib baik?
Sedang mereka bukanlah khalifah amirul mukminin yang penuh wibawa,
Hanya boneka sistem pemerintahan kolonial,
Konon simbol negara merdeka.
p/s:
God Damnit. If only i've got the power to rule....O' Allah!
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!