08 July 2010

Akhir Piala Dunia 2010 - Belanda vs Sepanyol


Pasukan (negara) Belanda bertemu pasukan Sepanyol pada perlawanan akhir edisi ke-19 Piala Dunia di Afrika Selatan setelah mengalahkan lawan mereka masing-masing, Uruguay dan Jerman, pada perlawanan separuh akhir. Pertemuan peringkat tertinggi (senior) ini pastinya menghangatkan suasana pertandingan dan menyajikan debaran yang tidak terhingga kepada peminat & penyokong sukan bolasepak di seluruh dunia. Perlawanan dijangka menarik walau pun tiada jurulatih dari kedua-dua pasukan akan menjanjikan sedemikian atas sebab musabab ia perlawanan yang penuh misteri - permainan taktikal oleh jurulatih pasukan berkenaan.

Apa yang pasti Sepanyol selaku juara Piala Eropah pada tahun 2008 akan cuba memenangi Piala Dunia (World Cup) 2010 pula. Mereka seperti juga Belanda tidak pernah menjulang piala berprestij berkenaan walau pun Belanda pernah beraksi dua kali pada perlawanan akhir. Salah satu dari kedua-dua pasukan akan memecah tradisi sejarah jika berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan akhir berkenaan kelak sebagai juara daripada benua Eropah yang pertama meraikan kejuaraan di benua lain mengikuti jejak gergasi bolasepak (jaggernauts) tersohor dalam lipatan sejarah Piala Dunia daripada benua Amerika Selatan yang berjaya memenanginya di benua lain selain benua mereka sendiri iaitu Argentina (yang menang di halaman Belanda 1978) dan Brazil (selain memang di Chile 1962, mereka menang di Jepun-Korea 2002,USA 1994, Mexico 1970, Sweden 1950). 

p/s:   Holland vs Spain in the WC 2010 Final - a new chapter of the World Champions, surely.

2 comments:

  1. hanz pilih pasukan mana memenangi pertandingan ini? bukan nak berjudi tapi hanya untuk berseronok...hehe...

    ReplyDelete
  2. Hanz ingat le Sepanyol menang 2-1 dalam masa tambahan setelah seri 1-1 masa permainan penuh 90 minit. Tiada penalty shootout.

    Cpj sokong Holland le tu yek?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!