Alasan kesihatan diberikan oleh pemimpin kerajaan UMNO-BN untuk
penyelarasan harga barangan keperluan, membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas
cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat minggu lalu. Ia kononnya bukan suatu kenaikan harga barang seperti yang pemimpin PR kecoh atau rakyat yang ada otak cuba bayangkan. Ia adalah alasan yang amat bertepatan lihat Luna Maya dan bandingkan dengan Prime Ministress kita? dan rakyat sepatutnya perlu bersyukur jika tidak menyembah kaki DS Najib sekalipun mungkin ada rakyat sanggup mengadakan kenduri kesyukuran 7 hari 7 malam kerana pemimpin negara tercinta kita tidak mengambil mudah perihal kesihatan rakyatnya. Ia tidak patut dianggap sebagai 'melucukan' tetapi cubaan memperbodohkan minda rakyat seperti lazim kerana pemimpin UMNO bukanlah pengarah sitcom lawak atau segmen Raja Lawak adalah pejuang kesihatan rakyat. Mereka sentiasa serius apabila berbicara mengenai akta keselamatan dalam negeri ISA dan kesihatan binatang belaannya rakyat yang setia secara sembrono. Memimpin negara bukan semudah seperti memimpin sarkas sebab ramai rakyat tak dapat dijinakkan atau diumpan atau ditipu kecuali penyokong tegar UMNO. Ia memerlukan kebijaksanaan memutarbelit, manipulasi, ekploitasi pembendaharaan kewangan mengurus sumber negara selain kecekapan menyapu, meragut, berebut projek, kontrak kerajaan dan agensi berkaitan kepimpinan. Maka UMNO-BN telah banyak menyamun, merampas, menggadai berjasa dalam mengurus keringkan kantung dana atau rizab negara.
Percayalah jika anda buta hati, buta mata dan pekak UMNO-BN tidak sekali-sekali tapi sentiasa akan membebankan golongan berpendapatan rendah. Pemimpin dan penyokong UMNO-BN akan sentiasa menyibuk untuk bergambar dalam program sensasi TV3 bertajuk bersamamu rakyat miskin demi meraih populariti dan undi dengan kononnya cuba menolong golongan ini. Jangan khuatir tentang keupayaan menipu, mengancam, menjerut, merasuah UMNO-BN. Telah terbukti dari dulu, kini dan selamanya bahawa UMNO penipu, perompak, penyangak, perosak perjuangan atau berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
mmmm...harapnya kita baca sekali perkataan-perkataan dalam ayat entri di atas yang kelihatan dipotong. Tersurat tapi di'cut'. Tersirat tapi daripada ikhlas hati.
ReplyDelete