Kecoh
lagi. Kali ni pasal orang bukan Islam masuk masjid, untuk apa juga
urusan sama ada hadir untuk berbuka puasa bersama rakan seperjuangan
dan umat Islam lain, atau, memberi penerangan, dan sebagainya.
Sureheboh pun tak sehebat ini. 1 Malaysia kecoh hal ini. Sementelah
spesis orang 1Malaysia sememangnya suka cari publisiti pun. Bagi semua
tahu. Kononnya puak ini buat kerjalah. Kononnya mereka sajalah sayang,
cinta Islam & bangsa Melayu, orang lain tak. Tetapi dalam hal
melarang orang bukan Islam masuk - duduk, berdiri, berbual,
berkata-kata (ceramah), - hanya menampakkan kejahilan orang Islam
sendiri. Sensitif atau beremosi pun janganlah tak pakai otak & guna
mata melihat semula atau rujuk hadis Rasullullah s.a.w. tentang
peristiwa di zaman baginda - membenarkan orang yang tak beriman kepada
Allah iaitu orang bukan Islam masuk masjid - bagi tujuan dakwah,
diplomasi dan sebagainya.
YB Serdang, Teo Nie Ching (berkebaya) sedang makan minum di surau. Mesra gitu. |
Ms Hannah Yeoh, right? Wow! Gorgeous lass. |
Then who the fv(k is he? Muppet? |
Tetapi
kenapa perlu kita rakyat minta kebenaran Majlis Agama lagi setelah
hadis-hadis Nabi s.a.w. & fatwa kebangsaan terang-terang
membenarkannya? Siapa sangatlah ustaz, ustazah & in this case,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hendak melarang kita & tegar
menyuruh orang buat itu ini? Islam bukan hak Datuk Seri Jamil Khir
Baharom saja. Insklusif? Mungkin.
Tok
Guru Nik Aziz pula umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama Islam
- termasuk Sultan-Sultan, Raja-Raja? Kebanyakan pemimpin negara dari
parti UMNO? Ya, semestinya. Sedangkan pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda mengajak orang kafir Quraisy
tinggal di
dalam masjid termasuk dibenar mereka tidur, makan dan minum.
"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," kata Tok Guru Nik Aziz.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri pula berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan
ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan
perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid
dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang
bersidang pada 1 Mac 2010.
Dr.
Mohd Asri itu tegas menyatakan bahwa bukan menjadi satu
kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid
asalkan niatnya baik dan betul. Lainlah kalau mereka bukan Islam
bertindak tak sopan, biadap, tak hormat, ganas, kasar, baling cat ? Itu
pun tegurlah dengan cara elok-elok (berhikmah) kalau kita orang Islam
nak marah sekalipun.
Almarhum
Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata rombongan Kristian dari
Najran datang bertemu dengan Rasulullah untuk berhujjah mengenai Nabi
Isa. Rombongan Kristian tersebut telah berkampung dalam masjid Nabi
selama tiga hari. Ahmad Deedat who? Datuk Seri Jamil Khir Baharom tu
siapa pula? hebat sangatkah ilmu dia berbanding almarhum? Seperti
lazimlah, Umno mana tahu beza nilai ilmu. Main saruk saja. Kecoh sana
sini. Mereka juga malu sudahnya. Mereka mesti tak mahu menyamati ucapan
almarhum
dan sesiapa saja mufti, ulamak yang memberi kebenaran dalam pasal hal
kehadiran orang bukan Islam ke masjid, surau. Silap-silap teruk
almarhum Ahmad Deedat kena hentam dengan Umno & penyokongnya,
Sultan-Sultan Melayu & sebahagian rakyat Malaysia tentunya murka,
marah-marah kepadanya tentang pendapat beliau dalam hal ini. Daripada
sumber tertentu pernah beliau mengajak pelajar-pelajar bukan
Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya?
p/s: Lu olang tengok & pikir la sendiri betapa TERUK spesis UMNO mengajak umat Melayu-Islam mengenali ISLAM yang sebenarnya di negara ini. Orang bukan Islam pun kalau bukan sebab dapat hidayah daripada sumber lain semua pun tak ingin masuk Islam kalau mereka lihat perangai (akhlaq) Melayu-Islam macam celaka, buruk, jelek, biadap &, tak lupa untuk disebut di sini, JAHIL pasal agama sendiri. Kalau orang Melayu-Islam kita yang lahir-lahir Islam & patutnya tahu adab istiadat masjid pun Wanita, Puteri UMNO tak reti-reti nak bersopan apabila masuk dalam masjid - tutup aurat sepenuhnya, jadi apa nak kecoh bila ada orang-orang bukan Islam nak melancong, lihat-lihat masjid daripada dalam, nak tahu lebih lanjut pasal Islam & hal umat Islam? Apa susah sangat? Lu UMNO suruh saja (atau ajaklah) Samy Vellu ker, CSL ker, Ong Ka Ting ker pergi ceramah/ majlis ilmu dalam masjid. Ambik gambar mereka. Hah, baru persaingan yang sihat..kan? Islam juga untung. Is that too much to ask, huh, u muppets?
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!