04 September 2010

Bilakah Semua Orang Miskin di Malaysia Akan Merdeka ?


Let's me soothe yer misery-cum-anger 

PM kita Datuk Seri Najib Alantuya Tun Razak baru-baru ini berkata kerajaan pusat pimpinannya kini dan akan menggunakan dasar dan pendekatan secara menyeluruh dan bersepadu termasuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan memberangsangkan, dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan agar sasaran miskin sifar tercapai. Beliau berkata lagi BLA BLA BLA kerajaan beri insentif kepada sektor swasta dan korporat, BLA BLA BLA peruntukan pembangunan BLA BLA BLA peluang perniagaan BLA BLA BLA ...bahawa langkah-langkah ini akan mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan BLA BLA BLA. Rujuk di sini.

Being canny, eh Mr. Prime Minister? FV(k off. Cut the crap, imo. Please walk the talk ASAP as words are cheap, Mr. PM or screw you. 


Usaha-usaha kerajaan dulu, kini (dan selamanya?) adalah diragui keberkesanannya. 53 tahun masih kita dari masa ke semasa didendangkan dengan irama retro "Kerajaan Berkhidmat kepada Rakyat", et cetera. Epik! Bosan siol. Ya, Aku dah bosan. Jelas sekali begitu ramai rakyat negara ini, di pendalaman, di kampung-kampung, setinggan bandar, homeless di ibu kota, semua mereka masih miskin papa kedana walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap. Ini kerana gaji bulanan adalah kecil oleh majikan yang hanya mementingkan perutnya - keuntungan maksima/optima kepada syarikat. Kerajaan tidak mengetahui situasi ini? Tiada pemantauan, kaji selidik? Oh ada, ya? Agensi-agensi mahupun sektor swasta serta NGO memang ada membantu dan kita akan dapati ramai juga telah keluar daripada garis kemiskinan malah berjaya sebagai usahawan, jutawan hasil bantuan langsung atau tidak langsung daripada pihak kerajaan kita. Tetapi - Wait, don't get me wrong - ramai rakyat masih lagi menderita susah. Makan pakai tak cukup. Jadi penulis hendak tanya kepada PM, "Bila kita akan capai miskin sifarnya?" Impossible?  Kalau begitu susah hendak basmi kemiskinan maka usahlah menipu kami rakyat dengan janji kosong, bermadah palsu dengan kata-kata manismu, PM. Adakah definasi 'rakyat' kepadamu hanya mereka yang sokong, undi pihak PM, UMNO-BN sahaja? 

Pandangan penulis, usaha kerajaan adalah tidak kesampaian kerana jenteranya sangat lembab gerak kerjanya. Selain karenah birokrasi, juga berlaku sikap diskriminasi, hipokrasi, korupsi dalam penyaluran bantuan atau peruntukan kepada rakyat termiskin - golongan sasar. Contoh, Baitul Mal negeri-negeri hanya cekap mengutip hasil zakat daripada pembayar (rakyat) akibat kempen agresif & berkesan mereka di media-media massa, cetak dan elektronik. Tetapi aspek pengurusan, pentadbiran, penyaluran bantuan kepada asnaf-asnaf yang layak adalah TIDAK CEKAP. Genggam tak tiris,kah? Si**. Patutlah masalah kemiskinan di negara kita masih ada malah bertambah parah akibat sikap tak amanah, tak cekap, tak ambil peduli(?), culas oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang terbabit dalam projek kemanusiaan ini. Sehingga mereka yang datang sendiri mengadu masalah mereka di pejabat Baitul Mal pun dilayan seperti seorang penjenayah, bangkai, pengemis jalanan. Jangan haraplah mereka beriya-riya hendak mencari mereka yang bermasalah dan sangat memerlukan bantuan 'tongkat sakti', zakat, atau subsidi daripada kerajaan. Lebih baik mereka minta daripada gereja atau tokong. Hasilnya segera dan berbaloi-baloi, gua cakap lu.
 
Again, don't get me wrong here. Bukan penulis syor rakyat yang susah pergi minta bantuan kepada mereka atau mempromosi usaha pihak NGO bukan Islam. Bukan. Bukan itu maksud penulis. Sekadar perbandingan kadar kecekapan kerja. Hope read carefully between the lines.  
 


Namun pun, alhamdulillah masih terdapat segelintir individu malah kian ramai orang biasa semakin prihatin dan tampil membantu mereka - golongan sasaran yang sangat memerlukan pertolongan kewangan selain sokongan moral atau bimbingan latihan ilmu kemahiran. Rujuk usaha murni mereka di sini. Semoga Allah merahmati (& mengampuni dosa) akan usaha mereka (& kita) yang berebut-rebut berbuat amal soleh jariah begini.


3 comments:

  1. selagi ada bersamu TVmangkok3 selagi tu lah jangan harap miskin sifar

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. TV3 (sekarang TV9 pun dah mula belajar belajar jilat, sikit sikit) tu penjilat terbaik ... depa tu swasta tapi agen BN @ lidah kerajaan UMNO-BN khas masa kempen PRU atau PRK. Isu politik semasa memang tak usahlah kita harap berita bersifat neutral, mesti biased ke UMNO-BN. Sejak 80an dah..85 kot.

    Program TV3 kalau TV3suku TAK dapat nama memang tak sah la...slot macam BERSAMAMU, Kutipan Bencana atau Amal Kemanusiaan untuk Israel ker, Palestin Gaza ker Osma Laden ker Obama ker semua derma masuk akaun bank depa dulu ..Kot depa rolling dulu ler tu boleh maap lagi walau pun nampak tak elok buat lagu tu. Takut kot depa songlap aja, lebuh la kebanyakan duit derma orang ramai tu yg caya kat depa..Aku caya depa ada bagi bantuan tu, tentu bagi la. Tapi takut tak sepenuhnya..Lagipun boleh wayang pun cek replika depan press ...still i doubt it .. not semua not every single cent yg derma dapat kutip akan sampai ke tangan yg berhak terima...Takkan depa nak ambik untung, buat duit atas derma orang, melainkan tolak kos sepatutnya? Kena check depa ni kot ada unsur penyelewengan atau penipuan. Dah lama dah depa buat kerja ni kot?

    Selagi orang kaya antara kita tak urus sendiri hal ni .. selagi mangkuk ayun mangkuk bertingkat tingkat di pihak kerajaan, badan kerajaan & agensinya hanya pandai kutip duit orang (cukai, zakat, dll) & gila glamer saja lebih, tapi makan gaji buta, kerja culas masalah ini tak akan selesai dengan segera.

    Aku syor sapa-sapa pegi cari orang susah ni dapat gaji, er, dapat elaun insentif RM50 sorang. Kalau betul kerja dia tu kita up lagi RM100 pun tak apa..janji orang yg betui betui susah tu sah dapat bantuan yg konsisten sampai dia mampu berdikari kembali.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!