08 September 2010

Takbir Raya Orang Melayu : Kenapa Begitu Menyedihkan?



Hari raya - Aidil Fitri - adalah hari kemenangan umat Islam seantero dunia. Hari kesyukuran. Hari bergembira. Ya, ada hadnya. Keterbatasannya. Jangan sampai tak ingat akhirat. Jangan sampai berbuat maksiat. Elakkan perkara lagho, tak berfaedah, membahaya, membazir, aktiviti yang tidak sihat dan seumpama dengannya. Ada paham ka?

Tapi 1 hal orang-orang Melayu kena buat reformasi budaya. Transfomasi, satu puak lagi kata. Kena ubahlah yang tak berapa elok atau selari dengan kehendak agama kita, Islam. Ini berkenaan takbir raya. Takbir raya bermula waktu Magrib malam raya sehingga pagi esok sebelum solat sunat Aidilfitri.

Kalau layan takbir raya orang Melayu di surau-surau, masjid-masjid memanglah syahdu. Tak pasal kita boleh menitis air mata. Sedih. Mulalah teringat orang yang sudah tiada di sisi. Mulalah sedih sebab tidak dapat balik kampung beraya dengan emak ayah - alasan tiket bas, keretapi sudah habis. Mula sedih baju raya tiada. Macam-macam perkara yang negatif mula bersarang di kalbu kita. Untuk apa pulak kita nak tangkap lentok layan syabu syahdu waktu begini? Ini hari raya kita kena bergembiralah bukan sedih sedih. Tak sesuai. Lain kali saja kita bersedih.

Hari raya kita sepatutnya bersemangat meraikan 'kemenangan' kita. Selepas ini marilah kita semua bertakbir macam orang-orang yang menang (rujuk VC di atas) dengan suara lantang, baru kita yang dengar takbir raya pun rasa naik semangat. Ada zasss. Berwibawa. Jangan takbir raya macam pondan, orang meroyan, sedih saja bunyinya. Sedih pasai apa entah? Kita tukaq la no?

Hehe



No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!