12 October 2010

Biar PAS Kalah (di Galas), Asalkan Islam Menang? What a Joke.



Sebagai parti berlandas kesucian Islam, PAS yang memilih politik sebagai wadah perjuangan mesti memilih & menekan kemenangan pilihan raya. Baik PRK mahu pun PRU. Jika masuk bertanding tetapi hanya ala kadar persiapan seumpama memilih kalah ia juga bererti mengalah sebelum berjuang. Menang kalah adat permainan. Dalam kes pilihan raya, adat bertanding setelah meletak calon yang sesuai. Jangan mana-mana pemimpin PAS menjadikan ini alasan untuk 'menyejukkan hati' atau memperbodohkan orang ramai terutama ahli & penyokong jika berlaku sebarang kekalahan. Contoh, Trengganu 2004? 2008?  

Islam akan menang banyak lagi jika mana-mana jemaah Islam popular atau memenangi hati ahli & penyokongnya. Islam akan lebih mara atau maju ke tengah masyarakat Islam kita di negara ini dengan semakin berkurangan halangan yang menyekat kemaraannya sebelum itu. Contoh, UMNO yang menyemakkan Islamphobia khasnya di kalangan ahli-ahli komponen BN sendiri (termasuk SPR?) & rakyat amnya sejak zaman berzaman. Masyarakat bukan Islam kini semakin keliru & takut kepada Islam sebab gelagat pemimpin & ahli UMNO yang 'menongkat langit' & hanya mengaburi rakyat dengan tema & slogan itu dan ini dari masa ke semasa tanpa hasil yang bermakna dalam masyarakat umat Islam. Sedangkan kekuatan perpaduan sesama rakyat boleh direalisasi dengan keteguhan iman & takwa, akhlaq Islam yang murni dalam setiap gerak laku pemimpin Melayu-Islam kitadari hari ke sehari. Tetapi selepas 53 tahun kemerdekaan apa terjadi? Masih berligar lagu "Perpaduan" dalam melodi baharu? Gagal?

UMNO hanya menguntungkan segelintir Melayu. Yang kaya hanya sekerat 2. Kekayaan melampau berpusar di kalangan mereka yang rapat dengan kerajaan pimpinan UMNO di peringkat negeri & pusat. mereka ini genggam tak tiris. Sedangkan terbukti ramai rakyat khasnya Melayu di negara ini yang melarat merana menagih bantuan subsidi akibat kebejatan ekonomi, berebutt-rebut peluang itu ini dari tangan 'ajaib' selaku proksi pihak UMNO, malah ada menjadi pelarian di tanahair sendiri? UMNO mungkin saja terdiri daripada Melayu tetapi benarkah Melayu itu hanya perlu UMNO? Melayu selamat bawah UMNO? Jika begitu, apa gunanya sekian Raja-Raja & Sultan-Sultan Melayu? Apa perlu pihak keselamatan negara seperti Tentera Diraja Malaysia & PDRM? Bukankah kepada mereka ini kita sebagai rakyat meletakkan harapan keselamatan kita & keharmonian negara? UMNO kalah Melayu hilang kuasa? Ya, calon UMNO yang semestinya Melayu itu jika kalah pasti hilang kuasa. Tetapi siapa yang menang pula? Adakah calon Cina atau India daripada DAP? Lazimnya PAS yang juga Melayu-Islam bergasak dengan UMNO maka jika Melayu dari UMNO hilang kuasa, yang menang ada Melayu dari PAS. Atau mungkin juga Melayu dari PKR?

Jika PAS kalah juga setelah berusaha sedaya-upaya, memerah otak merencana kemenangan taktikal, sehalus mungkin menyelidiki muslihat & kelemahan lawan, maka biarlah. Jangan bersedih. Jangan emosi. Terimalah kekalahan itu dengan berlapang dada asalkan Islam tetap terus diperjuangkan (Islam menang dalam sudut berbeza, mungkin). Riak perjuangan pasti mengubah tempat & keadaan dalam masa terdekat.

Pengisian kemenangan sebenarnya jauh lebih utama daripada menjana kemenangan. Adakah PAS kini mampu menepati aspirasi rakyat sebagai pengganti UMNO? Berkhidmat dengan ikhlas lagi hebat cemerlang. Segera perbaiki kelemahan & bersedeia menerima kritikan membina demi memajukan diri, negeri & negara.

InsyaAllah. Allah bersama hamba-hamba-Nya yang mendukung perjuangan para Rasul & Nabi, sabahat Rasulullah s.a.w. & salufussolehin.


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!