23 October 2010

Najib, Rosy-mah & UMNO berSALAH dalam isu IFF.



APA? Cukupkah penganjur, penaung beragama Islam maka majlis seperti Islamic Fashion Festival (IFF) boleh diadakan? Menepati syarakkah (hukum Islam) jika IFF memperaga pakaian yang tak cukup kain - dedah aurat, dedah tubuh? Penaung jangan lari daripada tanggungjawabnya. Salah tetap salah.


 
Bukankah IFF yang diadakan baru-baru ini telah memalukan Islam dengan perbuatan & 'design' pakaian yang tidak selari kehendak Islam? Nyata berlaku pendedahan aurat oleh model-model IFF. Bukankah ini meremehkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.? Mengenepikan anjuran ulamak & para salufusolehin? Apakah mereka yang terlibat secara langsung & tidak langsung mengetahui apakah ciri-ciri pakaian Islam? Rosy-mah sebagai penaung IFF boleh mengizinkan perkara sebegini berlaku?


Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mengenai Islamic Fashion Festival (IFF) :


Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. 
Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. 
IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. 
Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4.  
Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. 
Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6.  
Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. 
Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


p/s: Susah sangatkah nak buat pakaian berciri akhlaq Islam (gambar di bawah) yang lebih menepati syarak (Islam), Rosy-mah? You cloth designers? Tak glamer? Kepala hotak hangpa la.


Okay fine, what about setting an even more eye-catching, mouth-watering event, Rosy-mah? Hey, you can call the fashion gala as "Islamic Night Showcase", can't you? I suggest the models must be all Malaysian women (or girls) in any tax-reduced imported night gears - knicker, lingerie, night clothes? Yay!

Ok, guys out there! If you agree with this idea, show me your hand in the air! Good! Now let's see if you could manage to raise a leg. No. Not like that. Aiya! Like this (pic below) la! She can do it, you sure can, right!
 Ho ho ho

 

2 comments:

  1. Salam Yob Hanz,
    Arwah Endon diingati sebagai pelopor kembalinya populariti baju kebaya dan batik Malaysia, jadi Big Mama mau diingati sebagai pelopor "Islamic Fashion" maa!

    ReplyDelete
  2. Ya x ya, Si Allahyarhamah Endon berjasa menaikkan & menglobalisasikan industri & fesyen batik. Sampai staff kerajaan kena pakai baju/ baju kurung corak batik pastu. Tu idea yang bagus. Pelaksanaan pun tak ada komplen drp saya.

    Tapi IFF kena la ikut 'guideline' pakain Islam. PRa-syarat. Tak kisah la pakain moden ka tradisional Mongolia ka, janji ikut syarat dia. Sayang ia tak berlaku. Tu dia kena 'tiu' dengan pencinta Islam termasuk pihak pembangkang pasal tu. Saja cari pasal la kalau gitu, kan? Next time just be extra careful, then. Hehehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!