02 November 2010

Aku Kini Insaf & Kembali Sokong UMNO ...



...sebab harga minyak petrol naik lagi esok esok ni. Aku sebagai rakyat biasa mengaku telah khilaf & kini sudah insaf lagi akur 'kehebatan' UMNO menaikkan negara. Aku tak mau lagi melawan arus perdana & bersama pembangkang yang suka membantah perkara-perkara yang disyaki merugikan negara & rasuah. UMNO, depa tau buat apa depa cakap & diamkan.  Tu pasai bila piemimpin UMNO dalam kerajaan depa suka suka hati nak naikkan harga apa jugak barang  seperti minyak RON97, rakyat seperti aku pastinya kena rasa perit bersyukur. Barang naik sebab barang kita murah sangat bila kita bandingkan dengan negara lain. Tau tak? Kot-kot bila aku sokong UMNO & undi UMNO, aku pun dapat  'berkat', atau 'bantuan' daripada langit. Sat-sat tu jugak aku jadi orang senang & berpendapatan tinggi seperti yang dicanangkan Najib yang mahukan negara ni berkapita tinggi macam negara maju. Kot la mau jadi rupa tu!

Pasai tu aku wala & thiqah kepada pemimpin negara dari parti UMNO yang jelas sayangkan rakyatnya.  Depa akan buat sesuatu tanpa mengira warna kulit & minyak petrol. Kuning ka merah ka biru ka. Sama saja. Depa akan naikkan harga minyak tu bagi semua orang dapat rasa. Yang miskin ka kaya ka semua sama guna minyak tu. Lihat! Tiada diskriminasi, kan? Penyelarasan subsidi kini memberi kesan kepada ekonomi rakyat yang miskin iaitu berpendapatan rendah & sederhana. Ingat semua! Pencapaian diutamakan - UMNO dapat guna hasil negara, projek, peruntukan, geran, subsidi.  DAN Rakyat didahulukan - YA, rakyat la kena dulu bayaq apa yang patut. Cukai sana sini.  


HAHAHA... dalam mimpi hangpa la. Aku? Kalau masuk dalam mimpi aku pi sokong UM?NO! tu dah kira mimpi ngeri dah tu. Harus aku bangkit pi bilik ayaq basuh muka, basuh tangan, kaki semua. Eloknya aku ambik ayaq sembayang (wudhuk) sebab mimpi ngeri tu (menyokong UMNO) pastinya 1 gangguan yang cuba menakut nakutkan aku. Bahaya la, kot.

Ha ha ha! Screw UM?NO! Sebijik macam dajal ja. Sat huluq bagi ke rakyat 1 benda, sat ambik ikut lain. Haram jadah! Bedeah betui!


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!