30 November 2010

Terima Kasih UMNO & Kami sokong Ketuanan Melayu ...


JIKA ( that's a big IF) :

1- Projek mega PNB yang dikatakan sudah meluluskan pembinaan Menara Warisan yang dikatakan tertinggi di, ek, di Malaysia gamaknya dengan ketinggian 100 tingkat di persekitaran Stadium Merdeka di Kuala Lumpur itu disahkan akan memberi penempatan kepada semua orang-orang Melayu yang miskin tegar atau di bawah paras kemiskinan (pendapatan bulanan bawah RM1000). Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, gas, air adalah percuma - ditangungg halal oleh kerajaan - selagi mereka yang layak masih miskin. Setiap orang Melayu yang berjiwa merdeka sahaja layak menduduki rumah di menara itu. Mereka akan diadili & dipilih oleh Perkasa yang merupakan jaguh kampung dalam membela orang Melayu. Yahoo! Jutaan terima kasih UMNO kalau begitu sekali pembelaan terhadap Melayu di KL! Bukankah "Rakyat didahulukan"? PRU-13 pasti milik UMNO jika UMNO sanggup "berhabis-bergolok" membela orang Melayu yang miskin.

2 - Sebuah padang berukuran sesuai untuk kejohanan antarabangsa yang diperakui oleh badan bolasepak dunia FIFA akan didirikan di tingkat tertentu di menara tersebut supaya negara kita mempunyai stadium tertinggi sekali di dunia? Stadium canggih & terulung itu juga mungkin akan dinamakan Stadium Warisan Melayu sebagai menggantikan Stadium Merdeka yang akan dilelong di E-bay? Siapa kata kerajaan UMNO akan berikan projek & tanah di stadium Merdeka itu secara percuma kepada tauke bangsa lain selain Melayu?

3 - Semua kerja-kerja berkaitan projek Menara Merdeka itu akan diserahkan kepada orang-orang Melayu sahaja tanpa mengira ideologi politik - pro-UMNO atau PR, warna kulit & agama orang Melayu itu? Adil, bukan? Ini pasti akan menjadikan lebih ramai orang miskin menjadi kaya-raya, jutawan. Dijangkan 10,000 orang jutawan baharu di kalangan orang Melayu akan dilahirkan dalam tempoh pembinaan menara itu.

4 - PM & keluarga setuju berpindah ke puncak menara itu untuk DS Najib & Rosmah mengawasi rakyat tidak susah menderita akibat kelaparan, kemiskinan atau tiada pendapatan per kapita tinggi seperti negara maju lain. selain beliau dapat menikmati nikmat dunia di aras tertinggi negara & udara segar untuk kesihatan mental & rohani yang lebih baik untuk memimpin negara & parti UMNO yang melahirkan generasi Melayu yang rosak akidah, akhlaq, selain korup, hina di mata rakyat miskin tetapi berjiwa merdeka. Demi pembelaan terhadap rakyat jelata & "Pencapaian diutamakan", bukan?

p/s : I can dream, can't i? Naah, am not high on drugs or anything illegal. Ha ha ha .. in my dream.

2 comments:

  1. Yo baginda .. gua bermimpi "Melayu Leka, Hilang Kuasa" .. lebih kurang la tajuk filem pendek a.k.a. mimpi aku tu ... hehehe

    Lu ingat cam mana kita perlu sanjung tak Ketuanan Melayu? Pada gua Melayu seperti dalam Islam la & 2ndly, apa dalam Perlembagaan negara, ok dah tu. Yang UMNO keriau sana sini apasal. UMNO kalah pun PAS ada sebagai ganti. PKR pun ada Melayu. Apa susah sangat?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!