09 December 2010

Apalah erti Hidup ini?



Apalah erti hidup ini?
Tanpa matlamat yang hidup yang jelas di hadapan mata,
Buat kita bercita-cita, berharap.& terus belajar,
Keindahan menanti kita dalam meniti kamus perjuangan ini,
Hiduplah sebelum mati, jangan mati sebelum ajal kita,
Kembaralah demi mencari pegangan, kekuatan & kesenangan.

Apa erti hidup ini?
Tanpa sejarah  memberi contoh & membimbing kita,
Biar sering kita kandas, penat tercabar, menanggung susah & bersedih, 
Kita mesti percaya masih ada esok jika mampu bingkas bangkit,
Jika hilang permata semangat dalam hidup,
Matilah kita sebelum kematian menjemput, 
Jangan biarkan kecewa menghantui perasaan,
Seolah kita layak meratapi derita takdir,
Berteman pula cahaya hitam menggelapkan pandangan,
Hanya membantut pemikiran sihat,
Membatasi pula pergerakan menuju ke hadapan.

Apalah erti hidup ini?
Tanpa ilmu, iman & takwa kepada Allah 
Setiap detik hidup hanya bergelumang noda dosa,
Tanpa keikhlasan dalam nurani & terpancar pula pada setiap perkara buat kita, 
Jiwa sentiasa terasa kosong & ketakutan,
Tanpa senyum ketawa, senda & gurau sesama insan di sekeliling kita,
Tanpa kelibat ibu & ayah, anak isteri gembira dapat berkongsi senang kita,
Tanpa teman seperjuangan dalam susah senang menjayakan sesuatu usaha,
Terasa seperti orang gila dalam sepi melulit jiwa lara, 
Tiada  gunanya duit harta benda melimpah ruah,
Tapi kedekut pula bersedekah, berzakat,
Pangkat, pengaruh & kuasa besar hanya untuk kepentingan & melayan ego sendiri,
Perasan punya ramai rakan & pengikut, 
Tetapi kawan yang pandai bermuka-muka, 
Yang lebih suka kita mati cepat,  
Sedangkan di luar sana masih ramai sahabat sejati,
Di kalangan yang difikirkan mereka itu miskin hina,
Sentiasa mahu berbudi & membantu membina kehidupan sesama insan,
Sedarlah diri diri yang terbelenggu penyakit mabuk dunia,
Luaran hebat bergaya, dalamannya bersarang sengsara,
Kelak mati menyesal & terbeban dosa lagi mengundang azabNya.
Mati baru mengerti apa hidup ini?


Ikhlas daripada pengalaman & pengamatan penulis,








2 comments:

  1. sentiasalah kita berada dalam keadaan takut dan harap, takut akan kemurkaan-Nya dan harap akan kasih sayang-Nya...sekurang-kurangnya itulah erti hidup sebenar untuk kita manusia yang bertaqwa...

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!