I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
29 December 2010
Tahniah FAM, Rajagopal, jurulatih lain & Para pemain Skuad Piala Suzuki 2010
Bolasepak adalah sukan rakyat. Ia sekian lama menjadi sumber hiburan semasa & boleh menjadi nadi kesinambungan aktiviti masyarakat. Ia menjadi bahan perbualan harian. Setelah sekian lama skuad utama bolasepak negara kita mengharung zaman gelapnya. Awan hitam sentiasa menyelubungi persekitaran arena bolasepak negara & ia mengakibatkan suasana menjadi murung, sukar bernafas, kelabu hingga sukar kita melihat ke hadapan.
Kini setelah beberapa tahun mengamati perkembangan & potensi skuad utama negara, penulis mendapat info & gambaran jelas. Mereka sudah mencipta beberapa keputusan yang mengkagumkan & menjuarai Sea Games 2009 di Chiangmai, Thailand & terbaharu menjuarai Piala Suzuki 2010 (setaraf kejuaraan peringkat Asia Tenggara). Dengan kemampuan semasa skuad kita adalah tidak salah kita menganggap negara kita adalah jaguh di zon Asia Tenggara buat ketika ini. Syabas. Sesungguhnya kritikan & pujian peminat bolasepaka negara adalah ikhlas untuk kemajuan bolasepak negara. Tanpa sokongan & teguran kita akan alpa, tidak terurus, kurang berlatih, kurang motivasi & kekuatan mental untuk mengharungi cabaran peringkat antarabangsa.
Kini apa yang perlu adalah skuad kita menyaingi pasukan-pasukan dalam benua Asia pula. Kita perlu maju ke hadapan. FAM bolehlah menambah jadual perlawanan persabahatan antarabangsa yang lebih berkualiti dalam sela masa masa tertentu. Ini baik untuk persediaan mental, taktikal pengurus/jurulatih dalam membentuk keserasian sepasukan. Adakan perlawanan persahabatan antarabangsa lebih kerap sebelum menyertai mana-mana kejohanan jemputan atau acara tetap tahunan seperti Merdeka Cup. Tanpa perlawanan sebegini, kita akan alpa & ketinggalan dalam mencongak untung nasib kita di peringkat antarabangsa. Tidak lupa, berilah pemain skuad negara rehat yang cukup sebelum menjalani latihan & menyertai kejohanan. Jurulatih & pemain juga perlu diberilan perlindungan insurans setiap kali dipanggil menjalni latihan untuk negara agar mereka bermain dengan tenang dengan pengetahuan masa hadapan mereka sentiasa dibela jika terjadi sebarang insiden buruk. Gaji, elaun, hadiah & imbuhan hendaklah setimpal & diberi dengan segera tanpa bertangguh lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!