Inilah 'Tuan' kepada semua orang Melayu - buat yang kaya mahu pun yang miskin?
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.
Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus. Katanya,
jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar
perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini,
katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau
dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Justeru,
menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan
ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.
“Jika
merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas,
lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan
Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu
sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.”
Memetik
ayat Al-Quran, Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa
kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan
akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa. Katanya,
prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan
keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang
insan.
Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.
Katanya
lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan adalah berdasarkan
sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.
p/s : UMNO have divine right to rule our nation? NO chance! Not even PAS can proclaim that they have that God-given right to rule. They - UMNO & PAS - say so, eh? All UMNO did all this long - 53 or more bloody years - was to pattern the sovereign right for themselves. Meaning they seemed to derive the 'right' to rule the nation by virtue of their past record of governing, only, which by no mean definate or divine right at all.
In their time, seriously we can't ignore their undoing & bad governance. Combined with dirty tactics to gain popularity, votes, media manipulating on many issues just for their own - UMNO-BN - political mileages, corruptions in all walks in our society? Gruesome crimes? Are they good enough for our current & future generations? No.
What? UMNO's agenda are based on Islamic tenets? Fair democracy? Equal economic growth to all Malay people? Malays have rapidly improved? What justice? Yay! Someone must having a laugh! UMNO, they must have their heads check to say they are "Tuan Melayu" & promoting "Ketuanan Melayu". Did they suscessfully delivered their own words all while? How many years to warrant all the people expectations. It not worth saying their undoing. Defo, they have really no right based on the law of God and of nature to rule if & when we - people - don't want them to govern & administer, anymore. Bring them down & show them the exit door! Oust them! So be it!
Having said that, "AKU PUN MELAYU", so what? 'Shoot' UMNO the arrogant down!
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!