20 February 2011

Ulama' juga Penyumbang Penyakit dalam Masyarakat?

"I rela dimadukan@poligami." ??? We know nowt .. actually...
Ni gambar sebagai biasa@kenangan saja la.

Sebenarnya berita ini sudah lama hendak penulis catatkan dalam lipatan sejarah di blog ini tetapi beliau terlupa akibat kesibukan kerja. Jadi, kaum lelaki yang berpoligami tu janganlah tahu syok bersenggama saja tapi tak reti jaga kebersihan anu.Adil tu mesti la kena adil. Kebersihan anu tu pun sebahagian keadilan la. Paham?

KUALA TERENGGANU, 14 Feb - Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr Suhazeli Abdullah berkata ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.

"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini Isnin.

- Bernama

p/s: This is for all whom it may concerned. Not just only single line to TGHH lah.  Dalam UMNO pun ramai jantan yang pandai nikah-cerai saja. So be it!


2 comments:

  1. kesian wanita/isteri yang jadi isteri kpd lelaki yang tidak gosok gigi dan dan bersih anu...

    ReplyDelete
  2. Aje nye ye, chor!

    Kebersihan tu sunnah Rasulullah, kan ke? Kot ye pun mampu kawin nikah lain & lagi 1 @ 3, yo le jadi laki yang cemerlang. Amanah, bertanggungjawab, cekap, bersih, dll sifat & sikap yg baik. Ni idak, reti pakei aje, anu pun tak bebasoh. Haram jadah sunggoh perangei rope tu. Tambahan kalau dia tu pulak, sorang ustaz (ulamak) .. adui malu kite semua. Malu kaum (laki) aje la!

    Ah, sudah. Teman 'emo' le pulak. hehehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!