19 November 2011

Lembu Punya Scandal, Sharizat Dapat Nama ???



Kisah lembu fidlot nampaknya makin hangat & makin berapi-api nampaknya. Dah hangit & berasap! Gua ingat cerita ni hangat-2 tahi lembu saja.... Biasa la, politik ada cerita hanya timbul sekejap saja & terus hilang. Ada yang tenggelam timbul sekerap mungkin. Jadi gua scamming through saja cerita yang provokatif unless it's getting obvious .. ia berlarutan agak panjang baru gua ambik port & track back cerita tu... Pembangkang nasional PR (sebab UMno-BN juga pembangkang di Kedah, Kelantan, Penang, Selangor, remember! ) biasanya saja jolok cerita untuk provokasi atau perang saraf! Seperti DSAI buat roadshow kat Johor baru-baru ini la... PR akan tawan Johor, NS & Melaka? Ya & tidak jugak. Segala kemungkinan jadi tak salah cakap begitu. Dan tak salah sapa-sapa kat dia berangan. Tetapi selalunya pun cerita PR ada kebenaran & asasnya sehingga tahap kepercayaan rakyat yang non-partisan & juga penyokong & ahli UM-no sendiri adalah tinggi & berasa kagum. Ada yang memang tepat. Pusing kilas la ikut mana pun tak boleh dah UM-no mengelak. ada yang sipi-sipi. Jarang sangat la yang mengarut, tersasar, tersesat apatah lagi menyesatkan orang!
Shahrizat's husband: Cow breeder or property investor?
Ya, lembu punya duit projek, gua ada untung sikit la!    
Biasa la orang besar bagi projek rakyat kat orang-2 dia...kan? Betul? Salah la! Salah etika. Daripada segi moral, amanah & tanggungjawab Menteri & pegawai kanan Kementerian & Jabatan & agensi Kerajaan Pusat & negeri mana boleh kasi tahu kerahsiaan tampat kerja apa pun lubang boleh jolok... atau bagi ruang untuk dapat projek. ya bagi tepat memang salah terus! kalau bagi kat proksi? Salah jugak la sebab ada kaitan hubungan kekeluargaan (favoritism atau biased to) & meminggirkan hak orang lain yang lebih layak & prioriti. Tak kira la kawan Menteri tu nak bagi projek RM10 kat suami sorang lagi Menteri pun. Bukan disukat dengan nilai projek. Tapi salah atau tidak sesuatu projek kerajaan diberi tu disukat daripada nilai amanah, ketelusan, etika & kepercayaan. 


The latest cock and bull story of the National Feedlot Corporation (NFC) and its cow condo scandal agak menyesak & memalukan UMno sendiri.

Ok gua beli kondo apa lu susah hati? Kita dah untung sewa kondo tu... lu nak apa lagi? Kami cukup bijak, kan?

Mana betulnya jawapan Pengarah segala lembu feedlot tu ...Mohamad Salleh ker apa nama dia? Beli kondo pakai duit projek untuk NFC untuk pelaburan strategik, sewa kondo tu boleh menguntungkan berjuta Rm lagi , kata dia. Kepala otak dia! Bijak sangat la tu jawapan dia tu? Lu nak bodohkan lembu boleh la. Orang macam lembu pun lu boleh la bagi jawapan sampah macam tu. lain la, lu pakai duit sendiri beli kondo ker kondom ker, tu gua kata ok. Tapi ni pakai duit projek, siot! Mana boleh pakai duit tu untuk tajuk lain, samdol. 1 sen pun tak boleh pakai untuk tujuan lain daripada tajuk asal. The NFC mana boleh use the money and risk it in other investments. Tu tentu la against the rule of the law. That’s unethical. Tu la salah kamu. Seleweng & mungkin dikira pecah amanah. Atau ni satu cubaan sogokan rasuah oleh pihak tertentu? Kena siasat sebab nampak sangat dubious pembelian kondo dengan duit. SPRM apa lagi, cergas tahan dia...Apa? Nanti takut dia mati dengan sendiri, ek? So, biarkan? Oh dia suami Menteri, gua lupa. Dia boleh buat & jawab ikut suka dia la.

Tu belum cerita pasal kelewatan capai target projek... Lembab sebab tak ada kepakaran konon ada halangan, takdir Tuhan seperti kelulusan JVM lambat keluar la, banjir la, apa bagai... Mana tak jadi lambat kalau lu tak siap sedia daripada awal? Tak sedia sebab lu memang tak ada pengalaman & kepakaran dalam bidang penternakan, kan? Sebab lu suami Menteri lu tak layak dapat projek ini. Tapi dah dapat projek lu lagi tak buat kerja? Malangnya duit sebanyak tu dibagi kat lu & kompeni bermasalah lu. Kalau orang lain yang betul-2 layak dapat, pasti mereka siap siaga buat kerja sebaik & secepat mungkin. Buat malu Melayu & Islam saja la lu all ni! Apa la pemimpin kita buat camni... Taubat la cepat. Takut la Allah!

         

10 comments:

  1. Ni peribahasa baru ker? cp...kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Peribahasa moden broooo...hahaha.. I like....!!!!

    ReplyDelete
  3. Anon...tq baca .. :) ... lebih kurang macam transformasi la...makna peribahasa tu tetap sama asal.

    Gua suka layan peribahasa jadi harap lu olang paham tersirat di sebalik tersurat (tertulis). Kdg kdg tu, words can describe it all.. jadi kita kena tangkap cepat apa maksud penulisan sesapa jugak.

    ReplyDelete
  4. Isa,

    Ayat lu lagi power...isu semasa lu kupas selalunya releven ...thumps up... keep it going, m8! Tabuh (tibai) jangan tak tabuh depa tu.

    ;)

    ReplyDelete
  5. Bhai Hanz...

    Hahaha... chanteq punya ayat kiasan... hahaha

    ReplyDelete
  6. :) C++ how's yer life thus far?

    Lama tak update blog .. lu termakan dakyah transformasi ker? haha

    Keep it going, buddy!

    ReplyDelete
  7. salam yop..
    bila nak pilihanraya ni yop..teman udoh getek yaamat kat deme ni..kalau 40 penyamun dengar ceghiter deme ni..mau pengsan penyamun tu sekor2..

    first time baca ke sini.. aku tabik!!
    teruskan perjuangan yop..sekampung kita ni yak? hahaha..

    t kasih krn sudi menjenguk blog meghapu teman yak yop...

    ReplyDelete
  8. Waalaikum salam yob ASJ

    Teman rase pilihan raya tu tentu la tahun depan ni...2012.... Ape pun tunggu ler para penyamun, lanun & pencuri deme tu berhimpun & buat mesyuarat Agung deme dulu.... Lepas tu berhimpun hentam/fitnah lawan politik & kokak tangan kawan deme sendiri baru deme ade semangat kemelayuan untuk kempen PRU13... hehe.

    A ah kite sekampong ler kot.

    Blog mike kire baguih ler tu.. write more & keep it up!

    ReplyDelete
  9. Bhai Hanz...

    Gua telah diuji oleh Allah Taala bebaru nih... start bulan Ramadhan baru nih.... diuji dengan fitnah, dendam, khianat, tikam belakang dan sebagainya.... yang best tue.. yang buat tue kononnyer lebih berganda ilmu agama dari gua... kitab rajin baca...

    Yer la... gua bekas budak skolah Missionary.. hahaha... nak buat camana...

    La nih... benda masih blum setel... tapi gua amik pelajaran daripada Najib dan Suaminya... depa buat pekak jer aper orang nak kata.... hahahaha....

    ReplyDelete
  10. Oh kena ujian? Cobaaan! Lu sabar saje la. Keep your cool Think +ve. Cari jalan keluar. InsyaAllah lu akan berhasil!

    Orang keliling kita kena hati-2 diorang bukan keramat hidup walau nampak tak tinggal solat fardhu + sembang kuat pasal agama. Ujian takdir tu 1 hal. Tapi mainan sihir kalu kita kena la cari benteng/perisai yg seswai!

    Allah is always there for us. God blessing unto you!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!