18 November 2012

Ustaz Nasha tu boleh pulak? Lu kencing manyak busuk la !




Mula-mula kita dengarkan amanat/ saranan orang atas kita ...

Gesaan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, semasa menyampaikan ucaptama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru, meminta para ahli PAS mengundi calon bukan Islam dalam gabungan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad, juga Pesuruhjaya PAS Johor.

Ustaz Harun Taib juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.
Opss!!! Hold it right there ! Yang lain tu gua setuju 100% TAPI gua tak boleh belah ayat akhir tu.

Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat, yer ker? Betul ker ni, tak tipu? 

Tu ustaz Nasharudin MP Bachok tu buat ikut saluran mana boleh buat onar, kacau keharmonian PR? Betul ker dia restu Dewan Ulamak PAS sampai boleh mengendeng Naji* ke hulu ke hilir + buat pakatan jahat dalam gelap dengan pemimpin Um=no untuk menjayakan idea UG hari tu?

Takkan la bila nak undi non-Muslim kita boleh berbaik-baik, janji itu ini dengan depa, TAPi bila menang lu ulamak nak pakat dengan orang 'Ketuanan Melayu' + 'Bayangan Tuhan' atas nama Islam, perpaduan umat Islam, nak selamatkan akidah, bagai? Bugger off !

Ulamak mana pun kena kasi clear + buat kasi cun semua benda. Jangan lidah bercabang la! Jangan hipokrit macam Um=no, "Syaitan yang dikenali", tu ! Kita cara kita, jangan kasi pecah. Menang, menang, kalah takpa cuba lagi. Takda masa nak kawan dengan orang perangai macam sial, pembelit, penipu macam Um=no.


 

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!