DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran cadangan MCA untuk tidak meminta sebarang kedudukan dalam kabinet selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menghormati prinspip "satu orang, satu undi, satu nilai" dan tidak akan terjejas dengan taktik BN untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

"DAP tidak berminta menyertai BN demi kedudukan kerana jika kami mahukannya, kami sudah pasti lakukannya 40 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, DAP menolak menyertai BN dan memegang utuh cita-cita, prinsip dan dasar kesaksamaan, kebebasan dan Malaysia yang demokratik."

p/s :

Salute ! Ni macam la kawan... dah janji, dah ada konsep tahaluf siyasi, kita ikut selagi sapa-sapa tak langgar syarat janji setia tu/ menyalahi syarie.

TAPI ..kalau BN cadangkan kat geng UG dalam PAS, lambat siang la depa akan setuju nak join BN punya. Mesti depa la bulat-bulat terima, kecik tapak tangan, nyiru depa tadahkan. Tambahan depa yang dah kalah hari tu + 2, 3 kerat PKR seperti Azmin, Zuraida tu.. bukan leh harap sangat tu.

2 ekor dulu PAS dah kena tendang dah - u$ta$ Na$ha & Ha$$an Ali. 1 kena rasuk apa entah terus dapat jadi Calon MP S.Alam.. kena buat clearance pasni, kasi bersih & suci dalam PAS.