19 September 2013

What's the Name of the Game, again? "kalimah Allah", "PAS mesti keluar PR", "Perpaduan ummah", "UG"..u name it.. haha



"Bersatu kita bersatu, dengan langkah bergandingan bahu, tipu terus menipu, kita (UmNo) tipu Melayu..."
sing it .. haha  


Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.

ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja
"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.
"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.


Ditanya berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS, Dr Abd Rani berkata:
"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".


Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:
"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan. Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.

[TMI] Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.  Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.

Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.


"Mereka cerita hendak kerjasama tapi Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka?" katanya.
"Sejarah PAS membuktikan naib presiden PAS sebelum ini telah digugurkan pesuruhjaya juga kita pecat apabila mereka ini kita lihat terkeluar dari dasar perikatan PAS dan PR," kata Rani merujuk kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali.

Ia turut disokong oleh Khalid yang mengakui PAS gagal menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi parti itu.


Video di bawah berkaitan kita menginsafi kekurangan, kelemahan diri untuk mencari kehidupan yang lebih bermakna kepada semua. Mari kita sendiri amati pengakuan seorang bekas pegawai tentera Israel yang mengakui kelemahan, kesilapan agenda kerajaan & tentera Zionis dalam memerangi, menyeksa warga Palestin. The truth must prevail. Lets speak out!



p/s: 


I like it, just like that last line by Khalid. That's wot i've been talking about...Now, we reading the same chapter... we're all in the same wavelength. 

PAS gagal, kalah + ilang kerusi DUN & Parlimen mesti ada kelemahan PAS sendiri.  Change the record for us to beat this UM-"perpaduan"-No.  See the epithet? hoho

The game UmNo play DON'T ever we start to sink in it. Get a grip! Be wise !




2 comments:

  1. Salam Hanz

    Yong sokong penggunaan bahasa Arab bagi mengganti bahasa omputeh. Tapi jangan guna bahasa Arab (Bahasa al-Quran) itu untuk mislead people. Kalau itu yang dibuat, apa beza ulama PAS dengan ulama UMNO?

    There are true ulama in PAS. There are also fake ones!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam kak yong!

      True, indeed, kak yong. The true clerics/ scholars must lead people with true fighting spirit & be willingly to carry the truth of Islam tenets all the way. Must get thru the thick of things or walking on thin ice... endure ups & downs. Live with it as it's worth dying for OR we will all be screwed...haha

      The true must be the pros & the fake ones must be variably conmen...hehe just my thought.

      Delete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!