13 March 2014

Hilang? Terawang-awang? Jatuh? Terhempas? Karam?



Here we go again... i wanted to write of late BUT i couldn't find time... alas, i did nowt...i just read others' writings. Sorry for my "missing"...i feel like writing a poem today...such as... haha.. jangan mare, yek ?!

Cheers anyway...for this lovely pic.


Kita ini hanya manusia biasa,
Siapa pun hebat mana kita dipandang manusia biasa-biasa di luar sana,
Lumrah resmi alam dan kehendak Ilahi sunatullah-Nya,
Tetap kita yang hidup ini pasti akan dijemput Izrail,
Justeru mati jua akhirnya kita yang perasan hebat ini, 
Adakah kita akan beristirehat di taman syurgawi di tanah waqaf di hujung kampung?
Atau bermula episod duka dan lara sehingga kampung kekal abadi?
Sebelum manusia semuanya dibicara di mahkamah di padang nan luas sana.

Kita yang sihat akan ada masanya kita menderita sakit,
Sakit demam pening biasa-biasa, 
Biar sakit kronik tidak diberi harapan oleh para pakar perubatan, 
Kita percaya dan fahamlah kita yang beriman kepada Allah,
Akan perlu sentiasa diuji,
Ada ujian berupa kesusahan hidup, wabak penyakit, kemalangan,
insiden kehilangan, kelemasan,
Ada ujian berupa kekuasaan, kemenangan, limpahan harta benda,
Sihat tubuh badan, kesenangan adanya anak bini, keamanan
Sepertinya kita diberkat oleh Allah atau semua itu hanya istidraj semata?

Siapalah kita pada pandangan Allah?
Jawapannya ada pada betapa banyaknya ujian  berjaya ditempuhi,
Dengan ikhlas, redha, tawaduk, tawajjuh semua sifat terpuji,
Yang pastinya kita hanya berjaya jika Allah redha akan kita,
Justeru jangan kita kehilangan sesuatu yang berharga jauh lebih daripada seisi dunia,
iaitu perihal iman dan Islam,
Kita ini hakikatnya tiada apa mulanya dan akan tiada apa akhirnya,
Jika kita terus menerus kehilangan dan kerugian !! 

Carilah ilmu yang bermanfaat untuk urusan dunia dan akhirat kita,
Berimanlah kita sebagai seorang pencinta Allah dan Rasulullah serta semua rukun wajib,
Beramal solehlah sebanyak mungkin dengan ikhlas hati,
Berilah kasih sayang ehsan kita terhadap semua makhlukNya,
Terutamanya kepada mereka yang hampir, memerlukan dan kehilangan.

Kita boleh bebas terbang terawang-awang di langit biru,
Antara kita mahu bebas hidup di dunia ini?
Kita adakalanya jatuh terduduk tanpa luka,
Antara kita ada yang jatuh terhempas dan karam,
Tapi janganlah kita jatuh ke lembah kehinaan,
Karam kelemasan dalam lautan
dosa dan noda,
Sepertinya misteri insiden kehilangan, karam dan mati sebelum ajal sendiri, 
Hidup ini biarlah bermatlamat dan berpada-pada, 
Kelak kita akan sentiasa berbahagia dengan Rahmat-Nya. 




p/s :  


Kehilangan MH370 adalah "blessing in disguise" untuk orang yang tinggal supaya kita sendiri tidak kehilangan. 

Orang yang meninggalkan kita akan sentiasa kita doakan kebahagiaan, keampunan kepada Allah. 








No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!