13 May 2014

Tanah untuk diduduki ! Daftarlah & bersiapsiaga segera !



Ya kini tawaran yang dinanti-nanti telah datang lagi.

Bukan, bukan tawaran membeli-belah "mega sales" untuk semua orang yang "gila shopping", yang "gila dunia" tu. Tawaran ni hanya untuk semua orang Islam saja. Boleh dapatkan segera tawaran tapak tanah ni. Yang pastinya, anda tak perlu berbelanja mewah. Murah, murah ! Tapi sorang dapat sorang 1 lot tapak tanah saja.. jangan la tamak ! 

Orang kaya, orang miskin, orang besar, pembesar yang "perut besar", Sultan, King, semua boleh dapat. Ini tawaran untuk semua Mukmin Mukminat. 

Untuk semua orang yang beriman kepada Allah & Rasul Muhammad s.a.w. & mencintai kehidupan akhirat melebihi cinta apa pun di dunia ni. Untuk semua yang inginkan menikmati panorama hidup kita seterusnya yang indah di mana kita akan pergi menikmati hasil usaha kita selama hari ni. 

Segera dapatkan di mana jua anda berada & jika anda "berada" sekalipun. Di sana sini di Malaysia tawaran lot tapak tanah kubur ini sedang dibagi-bagi untuk diduduki ! Boleh buat carian Goolge Map jika anda tak puas hati lokasinya. Anda tak puas lagi...ahh, anda boleh "walk-in" sendiri masuk tempat tu. 

Baju kita ala kadar saja. Tak perlu pakai kain sutera, cukup kain kapas beberapa meter panjang saja ! Perhiasan dunia, boleh tinggal untuk yang tersayang. 

Benda lain sudah dikira masuk sekali pakej. Harga semasa hanya kurang RM200 !  Harga masih boleh dirundingkan dengan Pengurus "the Undertaker" Tanah Lot berkenaan. InsyaAllah anda pasti selesa menduduki kediaman baharu anda di tanah berkenaan jika anda bersedia daripada sekarang.

Ya "tanah wakaf" ini terhad dan sendirian berhad ! Seorang saja boleh dapat untuk setiap 1 pakej. Siapa cepat (mati), dia dapat masuk dulu lah ! Harap semua bersedia ! Jangan tau-buat saja ! Baik kita lagi cepat bertaubat, suci, beramal soleh daripada sekarang untuk masuk ke "taman-taman syurga" sebelum kita semua bertemu sang pencipta kita semua, Allahu Rabbul Jalil !

Tanah terakhir yang dapat di"beli".. Untuk semua orang Islam
- Muslimin, Muslimah & pastinya untuk Mukmin Mukminat !

Amacam, kira jadi la bro/ sis?  Gua jadi broker lu.. arr...berapa lot lu mau ?Set? Itu macam la kawan.  

Okay, okay.. bila lu ready, lu siap apa patut, lu give me a call... kontek gua tau ! ;) 

Sini lu yang ngaku Islam tapi lawan perintah Allah,
untuk yang atheis, sapa yang 
banyak main-main tu, 
boleh la "RIP" sini (masuk  lubang Neraka)

We've been warned once & for all ... take the heed or you'll regret forever ! Mark this space !



No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!