24 July 2014

Kita Hendaklah Bersedih Ramadhan akan Pergi tapi Kita harus Bergembira meraikan Eidul Fitri !!


Tik tok tik tok .. ticking as if time was flying by, sedar sedar dah nak cukup hari bulan Ramadhan -berpuasa, baca (tadarus) & memahami Al-Quran, berzikir, berselawat & istighfar sepuas-puas (sebanyak-banyak mungkin) & amal soleh yang lain, alhamdulillah JIKA kita dapat redha Allah s.w.t. dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, al- Karim ni.



I'd like to share my 'condolence' to those who "beriman dengan Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan". Jangan bersedih sangat. Ramadhan pasti pergi. Just like us who will die 1 day. Let it be. Tinggal lagi kita berdoa kita akan bertemu lagi Ramadhan yang seterusnya. Amin Yaa Rabbul Jalil !

Di penghujung Ramadhan ini, mari kita renungi bagaimana perasaan para sahabat (r.a.) kepada Rasulullah s.a.w. di saat perpisahan ini. Mereka akan menangisi pemergian Ramadhan.

Sesiapa yang "cukup iman di dada" pastinya akan bersedih untuk berpisah dengan Ramadhan - tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu akan berlipat ganda.

Masakan tidak sedih untuk berpisah dengan saat yang teristimewa ini? Who with their right mind would not be sad it is over? HANYA generasi yang bertaqwa berasaskan kepada hidayah al-Quran menyedari semua ganjaran Allah s.w.t. ini hanya terhad ditawarkan sepanjang Ramadhan sahaja.

Mereka akan berusaha sebaik mungkin + berdoa supaya diterima amalan mereka sepanjang bulan barakah ini serta dikurniakan lagi Ramadhan untuk tahun akan datang.


Mari kita berdoa seperti mana doa yang dibaca oleh Imam al-Sudaisi ;
اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.
Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.

Senario ini akan membuatkan sesiapa saja yang "faham agamanya" berasa sebak dan rindu dengan suasana Ramadhan. Betapa bersungguhnya sebilangan kecil umat Islam di sana sini menghabiskan sepuluh malam terakhir dengan iktikaf dan amalan soleh yang lain. Ada golongan tertentu dan juga profesional akan bercuti sepanjang hari terakhir Ramadhan semata-mata untuk beri’tikaf di masjid. Mereka cakna untuk mengambil semua peluang yang ditawarkan Allah pada bulan mulia ini. Mereka bersungguh-sungguh merebut tawaran untuk menjadi graduan bertaqwa kepada Allah.
Terutamanya pada malam ke-27, seluruh masjid akan dipenuhi dengan umat Islam.
Suasana masjid di Malaysia? Ada buat tapi tak banyak ... surau-surau di kampung-kampung pula HANYA penuh lampu panjut, nyamuk & sawang saja. Gelap daripada cahaya hidayah & syiar Islamiah. Mana taknya, tok imamnya pun lebih sronok sambut raye daripada beribadat di bulan Ramadhan. 

Bagi para salafush shalih setiap kali bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan mereka, mereka selalunya menitiskan air mata. Di lisan mereka terucap sebuah doa yang merupakan ungkapan kerinduan akan datangnya kembali bulan Ramadhan menghampiri diri mereka.

Orang-orang zaman dahulu, dengan berlalunya bulan Ramadhan, hati mereka mejadi sedih. Maka, tidak mengherankan bila pada malam-malam terakhir Ramadhan, pada masa Rasulullah SAW, Masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang yang beri’tikaf. Dan di kala iktikaf itu, mereka kadang-kadang akan menangis teresak-isak kerana Ramadhan akan segera berlalu meninggalkan mereka.


“Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”

Pernah ada seorang sahabat r.a. bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”

“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”

Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka menetes. Hati mereka sedih.

Betapa tidak. Bulan yang penuh keberkahan dan keridhaan Allah itu akan segera pergi meninggalkan mereka. Bulan ketika orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bulan yang Allah bukakan pintu-pintu surga, Dia tutup pintu-pintu neraka, dan Dia belenggu setan. 


Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Bulan ketika napas-napas orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada minyak kesturi. Bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka. Bulan ketika Allah menjadikannya sebagai penghubung antara orang-orang berdosa yang bertaubat dan Allah Ta’ala.

Mereka menangis karena merasa belum banyak mengambil manfaat dari Ramadhan. Mereka sedih karena khawatir amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka karena boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang akan datang.

Wahai orang yang diterima amalannya, berbahagialah engkau. Dan wahai orang yang ditolak amalannya, keperkasaan Allah adalah musibah bagimu.”


..... 

Salam Aidul Fitiri 1435 Hijriah ..to all !

p/s :

phew ... in reality it is still far removed to end the holy  month like those "anbiya, syakirin, solehin, zahidin, mukminin" .. tapi usaha le ... do the best we can... we can't be far wrong, too !

Eid Mubarak to all..... Allah blesses us all. "Salam Aidil Fitri" ... watchout  & be really careful on your way 'home' !!


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!