28 August 2014

Lu mau Senang Hidup ka tak mau? Lu mesti mau baca itu al-Waqiah !!





Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” 
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Telah Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 269, yang bermaksud,

"Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak."

Kita di dalam mengharungi hidup kita perlu berusaha (bekerja dsb'nya) untuk menyara hidup mahupun keluarga seterusnya menikmati kekayaan, kesenangan hidup. Limpah kurnia Allah amatlah luas termasuklah hal kebahagiaan dan kemakmuran hasil kestabilan ekonomi sesebuah keluarga. Kebahagiaan sebegitu akan memberikan kita ketenangan supaya kita lebih bersyukur dan kian bertaqwa kepada Allah. 

Semoga kita dapat menikmati kepuasan beribadat dengan selesa tanpa memikirkan kesusahan mencari rezeki atau masalah (maslahat) lain. Antara usaha kita maka harus kita mencari jalan iktiar kepada perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat rezeki-Nya.


Kita boleh terus berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Maka ikhlas hati dalam beramal (beribadat). Jika mengamal bacaan surah al-Waqiah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha (zahir atau batin).

Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini di turunkan di Makkah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari qiamat, syurga dan neraka.







2 comments:

  1. Hanz.

    Very good info for those who believe in Qur'an

    ReplyDelete
  2. Salam pak Din... sihat kut?

    Aje nye yer beno sesangat ! hehe... tak caye Quran tu 2 orang aje... munafiq & kafir ! Orang Islam kena pecaya sebab dah memang rukun iman... TAPI kena le buat ape yang dia pecaye tu. Takat pecaya tapi tak buat apa disuruh Allah, Rasul, tu tak betul le.

    "Surely those who disbelieve, it being alike to them whether you warn them, or do not warn them, will not believe." (2; 6)

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!