16 March 2015

UmNo Kian Semangat Melaksanakan Hukum Islam di Malaysia ??? NOT !





UmNo Selama Lebih 50 tahun telah BERJAYA membina banyaknya masjid, surau di serata Malaysia, saje ler. Undang-undang @ Perlembagaan negara?? UmNo belum berjaya buat 1 Perlembagaan selepas kita merdeka lebih 50 tahun ni. RASAnya selamanya ler UmNo takkan nak buat draf pun. Kita masih berHARAP "orang putih" si Lord Reid buatkan DAN negara kita pakai sampai bila-bila? Great !

Undang-undang Islam @ syariah HANYA sah terpakai untuk hal ehwal perkahwinan - nikah, cerai, mutaah ! Hak penjagaan anak pun masih berlaku konflik dengan Civil Laws ! Mana UmNo boleh kata dia daulatkan Islam JIKA undang-undang Islam jatuh no. 2., no 3 sebagainya ..kalah dengan undang-undang Lord Reid tu? Hah...Komer jawab ler dengan Allah ! 

UmNo HANYA hendak berKUASA dalam negara ni supaya dia boleh "control" apa yang menguntungkan kehendak orang atasan & orang yang rapat dengan orang yang lama berkuasa (hegemoni) ! 

Kehendak Islam yang syumul untuk rakyatnya yang beriman? Kalau ramai rakyat @ orang kita paham apa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., pasti orang akan sokong & mendokong perjuangan Islam yang ditaja oleh PAS - mind you, PAS no perfect either BUT they stand a better chance! Alas, UmNo kena tukor dasar, identiti & surely UmNo-BN HILANG KUASA dia selama ni ler. 

Tinggal lagi PAS kena lebih ambitious & vigorous .. drive forward . ASAP, realisasikan konsep "Negara Islam" dalam masyarakat dengan kefahaman ilmu, iman, akhlak & amal yang tepat ... BUKAN taking a few steps backward & ! 

Obviously, orang atasan PAS di pusat atau negeri JANGAN ler mengarah & kempen untuk "Jawatan Presiden, Timbalan hanya untuk TGHH & ulamak". 

Ustaz Ahmad Yaacob ker Ustaz Harun Din ker sapa pun JANGAN sibuk melobi !! KALAU ya presiden PAS TGHH tu berjaya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik menghadapi pelbagai situasi, TAKKAN ler ada ramai yang tak puas hati & berhasrat mencabar TG Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun ini. Ramai ulamak, profesional, ahli, penyokong PAS yang "bengkek" - Ni betui-betui.. real... not "storm in a teacup". 

PAS kawasan setakat ini telah menamakan dua naib presidennya iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa  sebagai calon pemimpin nombor satu PAS. 






Hudud? Bior ler PAS buat dulu... Bior jadi contoh !

"Alhamdulillah kami rasa semakin bersemangat untuk meneruskan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah ini bila ia mendapat sokongan baginda Sultan Kelantan,"
kata Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita selepas istiadat berkenaan sokongan Sultan berhubung pelaksanaan kanun jenayah syariah itu telah memberi suntikan semangat yang besar kepada kerajaan negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!