30 April 2009

Kenali diri kita...Kenallah Dia!

"Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,

bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya".

dari "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said.

Yang anehnya, Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama, Tidak rasa bertuhan. Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan, Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata, Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu. Akalnya percaya adanya Tuhan, Jiwanya tidak terasa bertuhan. Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan, Di segi jiwa, kosong dari Tuhan. Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan, tidak berlaku atau tidak ada. Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian Apabila mendapat ujian, Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan, atau tidak merujuk kepada Tuhan. Akibatnya jiwanya menderita, Menerima ujian itu dia tidak tahan, Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan, Kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat, Sekalipun boleh memperkatakan Al-Quran, Atas alasan ilmu semata-semata. Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa, Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa, Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan, Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan, sekalipun ilmunya kurang. Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan Kerana rasa bertuhan itu, Lantaran itulah rasa bertuhan itu. Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia,
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

pesanan daripada ~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

2 comments:

  1. peminat USM atau anak murid dia...dia sihat ke?

    ReplyDelete
  2. eh teman tak tau citer keadaan kesihatan dier ler cikgupj... insyaAllah dier sihat ler kot...teman jumper secare tak sengaje bait-bait sajak nih.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!