13 May 2009

Jawapan daripada Tuhan

Bagaimana nak jadi kaya? tanya seorang miskin yang tiada apa-apa harta, kecuali sehelai kain, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang sembunyikan badannya dalam lubang untuk menutup aurat kerana kainnya baru di basuh dan sedang di jemur.
Kena banyak syukur atas nikmat Allah.
Semua sudah tahu siapa yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat dan siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih. Lalu apabila Nabi Musa bagitahu jawapan kepada orang miskin yang sudah tidak sembunyikan badannya dalam lubang kerana sudah memakai sehelai kain, terus orang miskin tu marah-marah, tak puas hati dengan jawapan yang ‘mudah’ camtu.
Macam mana aku nak bersyukur, aku mana ada harta?” “Syukurlah atas nikmat kain sehelai tu” “Kain ni? Apa boleh disyukurkan dengan sehelai kain?
Lantas terus orang tu mencaci nasib dirinya dan jadilah dia seorang yang kufur pada nikmat Allah. Oleh kerana beliau berada di zaman Allah menzahirkan azab, tak macam zaman sekarang, yang mana jika kita kufur, Allah tak azab serta merta sebab Nabi Muhammad SAW dah mintak tangguh, tapi zaman dulu, siapa kufur, insyaAllah sebelum mati lagi dah kena azab. Lantas sekonyong konyong pada waktu tu juga, datanglah segala angin kencang menerbangkan kain si miskin yang tak tahu bersyukur itu, dan azab tidak berhenti di situ sahaja, kerana angin kian terus menerus menjadi kuat sehingga menerbangkan orang tua itu dilambung hilang entah ke mana. Sudah pasti azabnya tidak akan berhenti di situ kerana bila dia mati, kena azab pula di akhirat buat selama-lamanya. Oh kasihan!
Moral: Tiada seorangpun manusia di dunia ini yang tak dapat nikmat dari Allah, maka sentiasalah bersyukur. *dipetik drp. blog kawan kpd kawan keretamayat.blogspot.com., moga beliau dirahmati Allah sentiasa.

4 comments:

  1. sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita...kita beri satu Allah akan ganti dengan sepuluh!...

    ReplyDelete
  2. cara paling mudah inginkan kekayaan ialah kita banyakkan sedekah insyaalah rezeki akan dilimpahi, dan diberkati..

    antu fanatik...

    ReplyDelete
  3. antu fanatik..

    nasihat @pesanan tu sesuai & tepat gak untuk diamalkan..InsyaAllah...terima kasih~

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!