11 May 2009

Mansuhkan PPSMI. Sokong GMP.

Apa bangsa pun di dunia pasti dan patut mempertahankan penggunaan bahasa ibunda di dalam masyarakatnya. Di Malaysia, saya berpendapat budaya pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Sains dan Matematik atau program PPSMI, terutamanya di peringkat sekolah rendah hendaklah menggunakan bahasa ibunda yang sesuai dengan majoriti anak-anak murid di setiap sekolah. Di SRK harapnya Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia digunakan di dalam kelas oleh guru-guru kerana ia mudah difahami oleh anak-anak murid. Begitu juga di SRJK (C) dan SRJK (T) dan sebagainya, bahasa ibunda mereka hendaklah digalakkan penggunaan untuk subjek yang disebut di atas, sesuai dengan faktor keseluruhan atau majoriti anak-anak murid adalah daripada bangsa India atau Cina dan sebagainya. Tiada kesukaran untuk para guru di SRK mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu walaupun ada segelintir para guru subjek tersebut berbangsa India, Cina atau selainnya. Ini kerana Bahasa Melayu sudah diterima di dalam peradaban budaya masyarakat Malaysia di dalam semua bidang kehidupan. Maka makin ramai anak-anak murid akan cepat menguasai subjek Sains dan Matematik seterusnya berjaya mendapat markah tinggi di dalam peperiksaan mereka. Bukankah itu yang kita semua mahu daripada pelapis generasi masa hadapan negara ini? Jika sebab untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris kepada anak-anak murid di SRK seluruh negara, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan-jabatan berkaitan patut memikirkan cara-cara lain yang lebih JIMAT, MUDAH, dan BERKESAN. Saya berpendapat salah satu daripada banyak langkah-langkah yang BOLEH dan PATUT diambil ialah; Membanyak sesi perbualan Bahasa Inggeris (conversation) sesama anak-anak murid dengan para guru pada sepanjang sesi persekolahan masa, selain membanyakkan latihan asas Bahasa Inggeris itu sendiri seperti perihal tatabahasa, ejaan dan lain-lain. Melalui perbualan akan lebih memupuk minat dan semangat anak-anak kecil ini untuk cepat menguasai kemahiran Justeru, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) patutlah disokong oleh para pejuang bahasa, sasterawan, guru-guru dan kita semua yang kasihankan anak-anak bangsa yang terkial-kial lalu tertinggal di dalam subjek Sains dan Matematik oleh sebab mereka lemah penguasaan Bahasa Inggeris. Mereka ini perlu dipupuk minat dan diberi didikan yang betul untuk menguasai Bahasa Inggeris dan bukannya dipaksa malah didera untuk menerima kejutan program PPSMI ini.

2 comments:

  1. Tahniah Hanz!...ni dah jadi blog yang hebat ni...CPJ tetap menyokong anda!...teruskan perjuangan....

    ReplyDelete
  2. Hanz hanya melontarkan suatu pandangan daripada persoalan Dr. Prof. Awang Sariyan sendiri, yang bertanya,
    "Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?"

    Jawapannya pasti ialah MEREKA TIDAK DIDALANGI tetapi mempergunakan segala wacana untuk agenda mereka yang mulia. Maka terserlahlah kebenaran perjuangan GMP yg. didokong oleh para tokoh yang berintelektual lagi berdedikasi tinggi seperti Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka & kini Pengarah Yayasan Karyawan; Sasterawan Negara A. Samad Said, Prof. Sains Dr Shahrir Md Zain dan sebagainya.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!