16 June 2009

Alhamdulillah

Tasbihku, tahmidku dan takbirku hanya untukMu, Dengan kalimah-kalimah agung ini, Gambaran kesyukuranku kepadaMu, Atas segala pemberian nikmatMu kepadaku, Dikaulah Pemberi Rahmat untuk sekalian alam, Harapanku jiwa ini dapat ikhlas dalam memuji dan mentaatiMu, Moga kupunya hati yang kudus mendambakan CintaMu, Juga pengampunanMu buat insan ini yang sentiasa berbuat dosa. Saban waktu kucuba ajari lidahku betah memujiMu, Jari jemari seolah menari di rantaian tasbihku, Moga hati ini tenang dalam mengingatiMu,

Moga dapat kuberamal dengan tekun dan tepat,

Doaku agar janganlah Dikau palingkan hati ini menjadi sesat, Kufur akan pemberian nikmatMu, Walau takdirMu hari ini cuma sesuap nasi untukku, Mungkin sahaja dikurniakan kekayaan kemashyuran kepadaku, Aku tau ia tetap daripadaMu, Wajib aku bersyukur kepadaMu. Segala puji-pujian kepadaMu, Tidaklah hina sesiapa yang Dikau muliakan, Tidaklah mulia sesiapa juga yang Dikau hina, Justeru biar senang biar pun aku susah, Tetapkanlah aku bersamaMu, Moga hidup dan matiku segalanya ibadat dariku, Oh Allah tuhanku yang satu.

* alhamdulillah ... banyak benda & perkara padaku & aku percaya pada sahabat-sahabat bloggers pun ada yang perlu kita bersyukur... elyn dah selamat buat kenduri adiknya, kak maymot dah senang hati sebab Uda anaknya selamat daripada musibah sakitnya, cikgupj pun dah selamat pulang daripada perantauan, piz, AT, Xenan (just to name few.. tak larat nak senaraikan..hehe) pun ada kot benda-benda yg perlu sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi. Teman bukan apa, cuma berharap beno ler (doa ler), kita leh termasuk dlm 'golongan yang sedikit (bersyukur)' insyaAllah.

3 comments:

  1. Ya hanz, kita kena jadi hamba yang bersyukur...segala-galanya adalah anugerah Allah kepada kita, walau macam apapun watak kita, Dia tetap juga memberi!....Maha Pemurahnya Dia!...kenapa manusia selalu menentang-Nya?

    ReplyDelete
  2. terima kasih hanz, doa,harapan, penghargaan,sokongan dan penghormatan yang hanz beri kepada saya/blog saya membuatkan saya rasa amat kerdil, malu dan seolah-olah tidak layak untuk saya terima...namun saya terima,kerana saya percaya ketulusan hatimu... saya syukur...mudah-mudahan tercapai apa yang hanz inginkan...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah apa yg baik ditakdirkan doakan terjadi akan ia, cpj.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!