I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
17 June 2009
Hidup ni biar jadi orang (berguna) ...
Kata orang yang bijaksana,
Khabar jauh didengar-dengar,
Khabar dekat difikir-fikir,
Apa pun berita kita dengar atau baca,
Selidiklah dulu kebenarannya,
Jangan diterima bulat-bulat,
Takut-takut ada maksud yang terselindung,
Seperti kilat dalam kilau.
Orang berilmu selalu berpesan,
Jadilah kita orang yang rajin menimba ilmu,
Seperti orang menunggu perigi bilakan ia mati dahaga,
Kerana orang yang mendekati ilmuwan atau sikaya,
Selalunya kita dapat belajar kelebihan mereka berkenaan,
Jadi tidak mungkin kita selamanya bodoh atau susah.
Ada juga orang seperti gunting makan di hujung,
Bukanlah mereka ini musuh kita,
Cuma kata-kata mereka begitu sopan tetapi tajam maknanya,
Seharusnya agamawan dan politikus mempunyai karektor manfaat sebegini,
Mereka harus juga dapat menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana,
Seperti ular dipukul biar mati,
Kayu pemukul jangan patah,
Tanah dipalu jangan lembang.
Kita memerlukan pemimpin yang bermanfaat kepada semua rakyat,
Kita hanya orang kecil yang tidak dapat menahan kehendak orang yang berkuasa,
Bak lalang tak dapat menghalang peluru,
Kami rakyat hanya tahu tegak pada yang datar,
Kami rakyat berpegang pada yang benar.
Perbuatan orang yang tidak adil dan berat sebelah,
Adalah seperti karam berdua, basah seorang.
Walaupun sangat sukar melakukan sesuatu pekerjaan,
Seperti meniup api di atas air,
Janganlah pula seperti ikan belum dapat,
Air sudah keruh, jala sudah koyak,
Di mana objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi,
Perlulah kita lihat anak lihat menantu,
Jika kita melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya pada orang lain juga.
Resmi orang yang berilmu tidak banyak bercakap,
Seperti tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya,
Maka itu kita haruslah banyakkan usaha dan berkerja dengan kepakaran kita masing-masing, Tiap-tiap seorang pakar ada kelebihan tersendiri,
Seperti lebih ikan kerana sirip, lebih burung kerana sayap,
Maka itu apa juga wacana dan cadangan pekerjaan kita,
Biarlah ia ditimbang dan dihalusi lama-lama,
Insyaallah semakin elok keputusannya,
Seperti akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba.
* Terima kasih kepada blogger Hidup Biar Sedap via AT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
keharmonian,ketenangan, keseimbangan,ketepatan dan keberhasilan......
ReplyDeleteitulah perkataannya yang terkandung karomahnya.
Hmm... itulah yang kak tie fikirkan...
ReplyDeleteterima kasih cikgupj & kak T, atas kesudian menjengah ke blog hanz.. blog kome ber2 lg bagus tiada tertanding ler teman...tak sior teman nak betanding pon..hehe..takut kalah.
ReplyDeletehmm.. puisi ker sjak nih..sesaja jer tu... mmg kena mengena yg idup & yg dah meninggalkan kita..moga bersabar & cekal meneruskan idup..carilah bahagia bersamaNya. Manusia sapa pun dia pada kita baik kekasih hati, pujangga kalbu, jantung hati ker, apa ler...akan pergi jua..cam kita...maka tetaplah hati bersamaNya, masih ada bahagia..cuma lg kenangan bersamanya yg tiada dah tu payah nak lupa, buat ler camna pun, dia mai balik punya... adat ler tu.. hehe.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete