28 June 2009

PPSMI memang bersalah ... banyak masalah

Prof Diraja Ungku Aziz dalam ucapannya di kolokium mengenai PPSMI anjuran sebuah NGO di Shah Alam baru-baru ini, menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya. Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu. "Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila. "Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor. Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini. "Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya. Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

2 comments:

  1. itulah bahaya kalau pendidikan di politikkan...sepatutnya pada pendapat cpj yang kurang ilmu, politik tu sepatutnya kena dipendidikkan!....ennntahlahhh!...

    ReplyDelete
  2. hehe..betul tu cpj, sistem politik & para politus semua patut pegi skolah (baca & belajar & perbaiki) keadaan negara..jgn asyik sibuk politicing...i mean all politicians A to Z from all parties...aku suka ikut minda/otak Prof Ungku Ab. Aziz (memandangkan kebetulan nama ayahku sama nama lak cuma takda title tu ajer..hehe) dlm hal PPSMI ni...great ada orang besar dah sokong mansuh dasar yg kalut & karut tu...nyusahkan ajer. BI, BI ler, Maths, Maths ler. Ni nak dikejor tak dapat, yg dikedong keciciran...kesihan budak-2 yg mmg dah lemah BI, lg parah Maths & Sains pun lingkup...3 in 1.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!